Lelaki berusia 29 tahun menyimbah petrol dan membakar rakannya yang disyaki mencuri telefon pintar, lapor The Star. Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, mangsa berusia 23 tahun dari Taman Lendu Bakti di Alor Gajah, melecur teruk dalam serangan itu.
Beliau berkata, suspek memasuki bilik mangsa pada pukul 4.40 petang Selasa membawa pemetik api dan sebotol petrol. Tambah beliau, suspek mengesyaki mangsa mencuri telefon pintar milik kekasihnya. "Mangsa kemudian dibakar dan cedera parah dengan kesan melecur di tangan kiri, pergelangan tangan kanan, leher dan bahagian badan," katanya. Arshad berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Alor Gajah sebelum dirujuk ke unit epidemiologikal di Hospital Melaka.
Beliau menambah, mangsa membuat laporan polis sebaik discaj pada Khamis. Menurut Arshad, polis sedang memburu suspek yang melarikan diri. Sumber: mStar
|
nurul_akmar replied at 12-3-2021 01:32 PM
Dh 29 tahun pon xleh pk lg
Kurex replied at 12-3-2021 01:19 PM
Ingatkan dekat negara leluhur
umbut replied at 12-3-2021 03:04 PM
Jgn kasi pinjammmm.... dulu waktu belajar ada member nak pinjam 50.00... aku bagilah sebab masa tu b ...
ADVERTISEMENT