Sebuah syarikat TV satelit berpangkalan di Bangladesh mencipta sejarah di negara itu apabila mengambil seorang transgender sebagai salah seorang pembaca beritanya. Agensi AP dalam laporannya berkata, Boishakhi TV yang terletak di Dhaka, menzahirkan harapan agar pelantikan itu dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap golongan berkenaan.
Pembaca berita berkenaan, Tashnuva Anan Shishir, yang sebelum ini berkhidmat sebagai aktivis kanan dan pelakon, membuat penampilan pertama pada 8 Mac lepas, bersempena dengan Hari Wanita Sedunia. Beliau memulakan penampilannya dengan membaca berita selama tiga minit, dan sejurus mengakhiri buletin, beliau menangis apabila menerima tepukan dan sorakan rakan sekerja. “Saya sangat gementar, penuh rasa emosi. Tetapi dalam fikiran saya, saya tahu saya perlu mengatasi semua perkara ini.
"Apa yang saya lihat sebagai ujian terakhir,” kata Shishir, 29, ketika ditemu bual pada Selasa. Lahir sebagai Kamal Hossain Shishir, beliau mejelaskan perasaan kewanitaan itu sudah mula timbul sejak belasan tahun lagi, apabila berasakan dirinya terperangkap dalam tubuh seorang lelaki. Pada peringkat awal, Shishir berkata dirinya sering menjadi bahan cemuhan dan mangsa gangguan seksual bukan sahaja daripada rakan sekeliling, mahlah ahli keluarga sendiri. Pernah satu ketika, Shishir berasakan dirinya sudah tidak mampu lagi mengharungi kehidupan sedemikian, sehingga terfikir untuk mengambil nyawa sendiri. Perkara paling buruk pernah terjadi, jelas Shishir lagi, apabila ayahnya sendiri berhenti bercakap dengannya, dan menganggap beliau adalah punca keluarganya hilang maruah. Shishir akhirnya mengambil keputusan untuk meninggalkan keluarganya, dan mula mengambil terapi hormon. Pada masa yang sama beliau bekerja dengan badan-badan kebajikan dan menyertai kumpulan teater tempatan. Bermula Januari tahun ini, Shishir memulakan pengajian dalam bidang kesihatan awam di Dhaka University, di samping kariernya dalam stesen TV berkenaan. Terdapat kira-kira 10,000 golongan transgender di Bangladesh, tetapi para aktivis menganggarkan bilangannya jauh lebih banyak dalam negara yang mempunyai sekitar 160 juta penduduk itu. Sejak 2013, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Sheikh Hasina membenarkan golongan berkenaan menggunakan jantina berlainan, dan mereka diberi hak mengundi pada 2018. Boishakhi TV dalam kenyataannya berkata, mereka mahu menjadi sebahagian daripada perubahan itu, dan merancang untuk melantik seorang lagi transgender dalam bahagian drama. “Perdana Menteri kami telah mengambil langkah-langkah perubahan. "Terdorong dengan tindakan itu, kami juga mahu mengubah persepsi masyarakat dengan memberi peluang pekerjaan kepada golongan tersebut,” kata penolong pengarah urusannya Tipu Alam Milon. Sumber: AWANI
|
jalfa replied at 12-3-2021 03:20 PM
Hahaa...biarlah depa pon nak carik makan...jgn dok influnce org lain ikut depa sudah...kalo malaysia ...
kelapaparut replied at 12-3-2021 03:12 PM
nak tgk sajat bace berite..
ADVERTISEMENT