Legenda bola sepak Brazil, Adriano mengucapkan selamat tinggal kepada rumah agamnya selepas menjualnya, dan dia kemudian melakukan sesuatu di luar jangkaan.
Lelaki berusia 39 tahun itu dilaporkan menjadikan di sebuah suite hotel mewah sebagai tempat tinggalnya. Bekas penyerang Inter Milan itu dipercayai membayar £10,000 (RM57,270) sebulan untuk tinggal di hotel mewah di Rio de Janeiro selepas menjual rumah agamnya bernilai £1.2 juta (RM6.87 juta). Media tempatan tempatan melaporkan Adriano, yang membawa kemenangan negara itu dalam Copa Amerika 2004, menyerahkan segala barang berharga kepada pemilik baharu, termasuk koleksi pingat beliau.
Beliau sekarang mempunyai tempat tinggal yang selesa termasuk kolam renang dan kehidupan mewah. Hotel tersebut terletak di kawasan kejiranan kelas atasan, Barra do Tijuca dengan Adriano berkongsi gambar-gambar beliau di media sosial. Menerusi perkongsian itu, Adriano kelihatan gembira dengan tempat tinggal baharu di hotel mewah. -CARI Sumber: mStar Online/ Daily Star
|
VioletsAre_Blue replied at 13-3-2021 09:58 AM
Bakal miskin ikut jejak langkah ronaldinho.. Prime adriano ni sehebat ronaldo nazario tapi takde dis ...
ADVERTISEMENT