London: Seorang lelaki yang mendakwa dirinya pakar etiket British dikecam warganet kerana memuat naik teguran mengenai penggunaan tangan ketika makan nasi.
Pemilik akaun @TheRoyal Butler itu menulis di Twitter mengenai perkara itu dan menimbulkan reaksi kurang senang terutamanya penduduk Asia. World Of Buzz melaporkan, akaun berkenaan adalah milik Grant Harrold yang juga bekas ketua pelayan kepada Putera Charles, Putera William dan Putera Harry. Umum mengetahui, nasi adalah makanan utama bagi beberapa negara di Asia dan makan menggunakan tangan bukanlah sesuatu yang pelik. "Ingatlah bahawa kita selalu menggunakan pisau dan garpu atau penyepit untuk makan nasi.
"Kita tidak menggunakan tangan atau jari," ciapnya di Twitter. Turut disertakan dalam ciapan itu adalah sekeping gambar menunjukkan beberapa butir nasi bersama garpu dan pisau. Tidak dapat dipastikan apakah tujuan hantaran berkenaan sama ada gurauan atau bersifat serius. Ia menyebabkan warganet memberikan komen mengatakan dia tidak berhak mengatur cara makan penduduk Asia. -CARI Sumber: Harian Metro
|
jalfa replied at 15-3-2021 09:03 AM
Itu pon nak ator..kesah sgt ko pakar etiket harry porter ke hapa....iols prefer makan sudu ngan garf ...
nikaido replied at 15-3-2021 09:50 AM
Selain dari nasi, kalau makan buah pakai sudu/garpu pun agak aneh juga
ADVERTISEMENT