CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kahwin Di Thailand- 10 Tahun Tunggu, Ibu Tunggal Lega 4 Anak Akhirnya Ada Sijil Kelahiran

15-3-2021 09:02 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2651| Komen: 16

Tanpa sijil kelahiran, pastinya segala urusan anak-anak ini akan menjadi sukar.

Namun, penantian itu akhirnya berakhir apabila empat kanak-kanak itu menerima sijil kelahiran mereka.


Malah, bukan sekejap, sebaliknya ibu tunggal dikenali sebagai Halimah Ahamad, 46, itu sudah menunggu hampir satu dekad.

Menetap di Kampung Petai Dusun, Baroh Pial, Rantau Panjang, Kelantan, empat anaknya baru-baru ini menerima sijil kelahiran mereka.

Ujarnya, dia sebelum ini gagal berbuat demikian kerana faktor kemiskinan.


Foto: Sinar Harian

Menurut Halimah, dia dan suami berkahwin di Thailand dan mempunyai 10 orang anak dan lima darinya sudah mempunyai dokumen sijil kelahiran.


"Seorang meninggal dunia ketika usia lima tahun manakala empat lagi tidak mempunyai dokumen sijil kelahiran dan menyukarkan mereka untuk mendaftar persekolahan," katanya.

Wanita itu juga mengakui kesilapannya yang mengabaikan perkara tersebut kerana statusnya, masalah kabur penglihatan tinggal dan lebih menyukarkan kerana tinggal di pedalaman.

Bagaimanapun, Halimah berkata, dia nekad memperjuangkan hak anak-anak dan memberanikan diri ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhampiran untuk membuat aduan mengenai masalah berkenaan.

Kini, kata Halimah dia bersyukur kerana keprihatinan pihak JPN menyelesaikan masalah anak-anaknya.

"Saya sangat terharu apabila JPN memudahkan segala urusan kami sehingga sanggup datang ke rumah berulang kali membantu merealisasikan impian anak-anak.

"Terima kasih JPN kerana bantu kami," katanya.

Anak-anak Halimah iaitu Che Nor Shafikah Che Amat Mudi, 10, Che Mohammad Adam, 8, Che Nor Amiera, 6, dan Che Nur Alisha, 4, menerima dokumen sijil kelahiran mereka yang disampaikan oleh Ketua Pengarah JPN, Datuk Ruslin Jusoh.

Turut hadir ialah Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil JPN, Datin Nazirah Abd Hamid. -CARI

Sumber: Sinar Harian.

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nana_Man 15-3-2021 09:09 AM
Taknk kutuk apa2. Cuma nk ckp syabas kt mak ni.
Quote Leban 15-3-2021 09:12 AM
semoga dapat kembali ke sekolah
Quote trisnalovezul 15-3-2021 09:13 AM
alhamdulillah..harus cepat register pernikahan kalo nikah di luar mcm aku dlu alhamdulilah somiku cepat daftar pernikahan kami..jadi anak kami lahir bisa dapat surat beranak warganegara malaysia
Quote Namasayaomel 15-3-2021 10:48 AM
Hopefully anak2 dapat pg sekolah
Quote GigaMom 15-3-2021 11:02 AM
Syukur...
Ibu tunggal ni bcerai kan
Penat nak kutuk jantan x guna
Ramai sgt
Quote rajamoney 15-3-2021 12:35 PM
puak2 ltte dan basuh berak tak bersih ketap2 bibir baca artikel ni

Quote fealefea 15-3-2021 01:48 PM
ex laki die p mane?
Quote lattehazelnut 15-3-2021 01:54 PM
Sepuluh anak pulak tu dlm xde kemampuan n rabun mata..
Quote jazaa100 15-3-2021 02:39 PM
lattehazelnut replied at 15-3-2021 01:54 PM
Sepuluh anak pulak tu dlm xde kemampuan n rabun mata..

buat ank tak perlu penglihatan yg terang....
kdg kdg mata pun rapat dipejammm  ....
Quote singajantan 15-3-2021 02:49 PM
Pelik juga .  ..kalau sanggup bersusah kawin dithailand...kenapa x nak bersusah daftar anak
Quote glump 15-3-2021 03:48 PM
Boleh pulak ada yg ada sijil lahir ,ada yah tidak .
Quote dua_chzy 15-3-2021 04:41 PM
Eh, warganegara ke sheol?
Quote intan244 16-3-2021 12:19 AM
Syukurlah anak sampai 10
aku kawen pon x
Quote haryatie 16-3-2021 07:52 AM
berseronok berdua
bersusah payah sorang2
Quote KBW2 16-3-2021 09:40 AM
Sah-sahlah anak-anak tak bersekolah kan ni? Haih

Quote trisnalovezul 16-3-2021 05:32 PM
dua_chzy replied at 15-3-2021 04:41 PM
Eh, warganegara ke sheol?

kalo bukan warganegara tpi anak-anak lahir di malaysia bisa dapat warganegara.pastikan syarat lahir di malaysia.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 05:42 PM GMT+8 , Processed in 0.575503 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top