Baru-baru ini, seorang pendakwah bebas tampil menegur tindakan segelintir peminat lelaki beragama Islam yang meninggalkan komen berbaur lucah di posting penyanyi, Elizabeth Tan. Menurutnya, komen tersebut sudah melampau batas apatah lagi datang daripada pengikut yang berstatus suami orang.
Terbaru, Elizabeth atau mesra disapa Lizzie menerusi laporan Harian Metro menafikan dakwaan kerap memuat naik gambar seksi sehingga mengundang komen lucah. Katanya, dia tiada hak untuk mengawal atau menghukum komen yang ditinggalkan pengikut. "Kalau betul gambar saya lucah, sudah lama akaun media sosial saya kena sekat sebab peraturan Instagram atau Facebook memang tiada ruang untuk kandungan lucah." Malah, dia juga tiada hak untuk mengawal mana-mana lelaki yang melihat atau menganggapnya sebagai simbol seks.
"Siapa gelarkan saya sebagai simbol seks? Kenapa saya tak dilihat sebagai individu yang memperkasakan kaum wanita. Di mana saya boleh buat apa apa yang saya pilih dengan badan saya sendiri?" soalnya. Penyanyi Semua Sudah ini juga mempersoalkan adakah dirinya bersalah jika orang lain berfikiran liar sedemikian. Justeru dia berasa tidak adil apabila pihak lelaki selalu menetapkan apa yang ‘elok’ atau ‘tak elok’ secara subjektif dengan nilai yang tidak konsisten. Mengulas posting melipat kaki yang tular baru-baru ini, Elizabeth menegaskan video yang dimuat naik langsung tidak memaparkan dirinya dalam keadaan tidak senonoh. "Apa keterlaluannya? Dalam video itu saya pakai baju lengan panjang, seluar panjang, tak tunjuk apa-apa pun, cuma tunjuk satu aksi yang saya rasa kelakar dan yang tak semua orang boleh buat.
|
sharlenetexas replied at 14-3-2021 07:37 PM
Siapa sugar daddy sheols?
Nenasketum replied at 14-3-2021 07:14 PM
Hanciang tetap hanciang. Dah posing macam prostitute online Romania lagi tak ngaku.
keknon replied at 15-3-2021 11:42 AM
Dia non-muslim kan? chinese kan? so nak pelik apa.
I rasa lagi pelik lelaki-lelaki musli ...
rayna_raynes replied at 15-3-2021 03:29 PM
Pastu bila amoi tak layan tiba2 hancinglah, bau udang keringlah. padahal kalau amoi seksi offer di ...
ADVERTISEMENT