“Kita nak lawan Covid-19 kena pakai otak, sains dan logik akal." Maya Karin mempersoalkan keberkesanan pemakaian sarung tangan plastik pakai buang di pusat beli-belah bagi membendung jangkitan wabak Covid-19.
“Contohnya, kalaulah saya ada virus Covid-19 lepas itu pakai sarung tangan plastik. Pegang sana-sini sebelum buang ke dalam tong sampah kemudian tukang cuci ambil sarung tangan tersebut dan dijangkiti. “Bagi saya, kalau pakai cecair pembasmi kuman dan kerap cuci tangan, lagi bagus kerana terus bunuh kuman berbanding pakai sarung tangan plastik,” katanya kepada Kosmo! Online. Maya atau Maya Karin Roelcke, 41, berpendapat penggunaan sarung plastik akan mencemarkan lagi persekitaran. Soal Maya yang juga aktivis alam sekitar, sudah berapa banyak plastik digunakan untuk langkah pencegahan ini.
"Pakai tak sampai dua minit tapi kesan kepada alam sekitar, kita tak fikir. “Kalau plastik itu dibuang merata-rata oleh pelanggan premis ambil masa antara 400 hingga 1,000 tahun untuk dilupuskan. Saya faham orang nak lawan Covid-19 tapi tidak dengan cara macam ini apabila semua premis terutama pakaian dan kosmetik seperti mewajibkan pemakaian sarung tangan plastik pakai buang," ujarnya. Terdahulu, menerusi ciapan di Twitter, Maya memberi reaksi terhadap ciapan seorang pengguna yang turut mempersoal kerelevanan langkah itu. - CARI
|
Tinot7 replied at 15-3-2021 06:22 AM
Kena sanitize hand before and after glove wearing la.. vodonya minah ni..
Lepas pakai glove, sapa ...
ADVERTISEMENT