|
Penyanyi Aina Abdul tampil menjelaskan inspirasi persalinan sarat hitam yang dikenakan ketika menyampaikan lagu ciptaannya sendiri, Semalam di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35), malam Ahad.
Jelas Aina, gaun tersebut sebenarnya mempunyai maksud dan mesej tersirat, seiring dengan jalan cerita yang ingin disampaikan menerusi lagu berkenaan. Perkongsian tersebut diperincikan panjang lebar oleh Aina menerusi satu hantaran terkininya di Instagram. “Topi yang direka menjadi seperti sebuah tempat tidur seorang bayi atau kanak-kanak kecil adalah hasil interpretasi lirik “tinggal ku sendiri, ditemani jasad ini”. “Bait kata “jasad ini” itu adalah metafora kepada figura seorang bayi atau kanak kanak kecil yang ada bersama-sama wanita ini sewaktu berlakunya kisah “SEMALAM”.
“Jaket bersiluet besar dengan perincian susunan kain pleated yang kelihatan sarat adalah menggambarkan kisah penderitaan yang dialami oleh wanita itu sangat berat dan banyak sekali. “Perincian pleated pada jacket tersebut dipilih hasil inspirasi daripada daun palas kipas atau “palm tree”. Ini adalah interpretasi seni reka fesyen terhadap lirik “diri ini bagai daun gugur”. “Warna hitam juga dipilih untuk melambangkan daun tersebut sudah tua dan kering dan sudah layu. Ia juga simbolik kepada perkataan “SEMALAM” yang selalu dikaitkan dengan warna hitam dan gelap,” tulisnya.
|





ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
2-2-2026 11:21 AM GMT+8 , Processed in 0.149131 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.