Serdang: Seorang anggota polis cedera di leher selepas ditetak rakan serumahnya akibat tidak berpuas hati mangsa mengusik barang miliknya di Taman Puncak Jalil, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, mangsa bersama suspek yang juga anggota polis menyewa di rumah berkenaan sejak setahun lalu. Sumber berkata, suspek tidak berpuas hati dan mendakwa mangsa mengusik barang miliknya yang diletakkan di rumah terbabit. "Mangsa kemudian ditetak sebanyak dua kali di bahagian leher sebelum bertindak menghubungi polis. "Sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa sedang duduk di lantai rumah," katanya.
Menurutnya, polis kemudian membuat tangkapan terhadap rakan serumah suspek yang masih berada di dalam rumah berkenaan. "Suspek akan ditahan reman hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. "Mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
eyansss replied at 15-3-2021 03:47 PM
respect barang orang... jangan dikacau... dan untuk yang tak suka barang kena kacau, sila menyewa ...
Skuau replied at 15-3-2021 04:10 PM
ada ke orang suka barangnya kena kacau???
supernaturalee: polis tetak polislps tu polis kol polis utk thn suspek yg jgk polislps tu polis kol ambulan utk bwk mangsa yg jgk polis ke hosp
ADVERTISEMENT