CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 8 Tahun Teruja Pertama Kali Masuk Sekolah

15-3-2021 03:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2780| Komen: 18

Seorang kanak-kanak yang tercicir daripada persekolahan sejak setahun lalu kini memulakan sesi persekolahan buat kali pertama di Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Chengai di sini pada Isnin.

Mohammad Amirul Danish, 8, tidak mengikuti persekolahan seperti kanak-kanak seusianya disebabkan kemiskinan hidup mereka yang hanya bergantung kepada pendapatan bapanya, Mohd Faizuan Mansor, 36, yang melakukan pelbagai kerja kampung.




Ibunya, Zul Hijah Fadzilah, 31, berkata, dia bersyukur anak sulungnya kini dapat mengikuti pembelajaran seperti kanak-kanak lain selepas setahun.

"Alhamdulillah, anak lelaki saya nampak teruja dan bersemangat untuk menjalani persekolahan walaupun ini kali pertama dia menjejaki kaki ke sekolah.

"Kita bimbang dia enggan ke sekolah memandangkan telah lama ketinggalan dalam sesi persekolahan, namun anak menunjukkan kesungguhan," katanya ketika ditemui selepas menghantar Mohammad Amirul ke sekolah.


Zul Hijah berkata, anak sulung dari dua adik beradik itu merupakan harapan mereka sekeluarga untuk mengubah kehidupan keluarga mereka empat beranak.

"Saya bersyukur proses penghantaran anak ke sekolah berjalan lancar dan dipermudahkan dengan bantuan semua pihak walaupun keadaan agak kelam kabut kerana kami tidak biasa," katanya.

Dalam pada itu, Yang Dipertua Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia (GPMS) Cawangan Kuala Kedah, Amirul Syahir Musa berkata, pihaknya mendapati kanak-kanak itu tidak pernah daftar sekolah ketika melawati keluarga itu di Kampung Telok Layang bulan lalu.

Katanya, pasangan suami isteri itu tidak mampu menghantar anak ke sekolah disebabkan masalah kewangan akibat pendapatan tidak seberapa, selain menampung kos rawatan anak kedua mereka, Nur Rizki Danish, 2, yang ada masalah pendengaran dan jantung berlubang sejak lahir.

"Susulan itu, pihak GPMS Kuala Kedah berusaha mendaftarkan persekolahan kanak-kanak ini dan menyalurkan sumbangan pakaian persekolahan bagi meringankan bebanan ibu bapanya," katanya.

Amirul Syahir berkata, pihaknya akan terus memantau perkembangan Mohammad Amirul Danish dan sedia membantu menanggung keperluan peralatan persekolahannya.

"Dari segi bayaran lain, kita bersyukur apabila dimaklumkan yuran kanak-kanak lelaki itu akan dibiayai pihak sekolah melalui wang zakat," katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, isu Mohammad Amirul tercicir dari persekolahan berkenaan merupakan kes pertama GPMS Cawangan Kuala Kedah untuk tahun ini.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan empat beranak hanya mampu menumpang teduh di sebuah kediaman berupa ruang kecil berkeluasan 6.09 meter x 5.48 meter dengan kadar sewa RM100 sebulan.

Bapanya, Mohd Faizuan Mansor, 36, melakukan pelbagai kerja kampung termasuklah memotong rumput dan pemikat haiwan dengan pendapatan sedikit untuk menyara mereka sekeluarga.

Lebih memilukan, anak sulungnya tidak bersekolah dan anak kedua pula perlu berulang alik menjalani rawatan di hospital akibat masalah jantung berlubang dan masalah pendengaran.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bakawali_04 15-3-2021 03:50 PM
bapak dia mmg takleh kerja lain ke
selain keje kampung nie
mmg kawasan tu susah dpt kerja ke ape??
sbb ngk umo baru 36 tahun
kira muda lagi
si mak tu paham la sbb anak kecik ada sakit
jenuhhhh nak paham nie
Quote becir 15-3-2021 03:57 PM
Mak 31 bapak 36, belum apa2 dah letak big hope kat anak 8 tahun untuk ubah nasib keluarga..kimk nya parents
Quote MissyMolly 15-3-2021 04:02 PM
Smgt abg! Jgn jd mcm anak acik asyik tanya bila cuti hahahaaa pdhal baru hari ithnin
Quote prettyuglybabe 15-3-2021 04:06 PM
tahun lepas memang sekolah tak buka..
so takde la banyak tertinggal kot..
cuma kena catch up membaca mengira..
and harap mak bapak tu takde la tambah anak lagi..
kuala kedah tu takde la ulu sangat..
usaha la cari kerja tetap ke apa..
Quote dua_chzy 15-3-2021 04:09 PM
becir: Mak 31 bapak 36, belum apa2 dah letak big hope kat anak 8 tahun untuk ubah nasib keluarga..kimk nya parents


Sabar kak.

Yang aiol selalu nampak di sekolah aiol, anak perempuan jadik harapan huntok tanggung family bagi duit kat family sampai duit biasiswa digunakan beli beras kasik family makan pastu bila dah kerja, walau cashier supermarket bodo2 ja kejanya, terpaksaaaaa continuosly tanggung family termasuk pakcik makcik kak ipar abang ipar bagi duit anak2 buah. Celakaaaa namampus. Di mana anak lelaki? Toksah tanya.
Quote makita 15-3-2021 04:11 PM
becir replied at 15-3-2021 03:57 PM
Mak 31 bapak 36, belum apa2 dah letak big hope kat anak 8 tahun untuk ubah nasib keluarga..kimk nya  ...

Ha la..mcm la mak pak dia dulu sekolah zaman jepun xde peluang dptkan pendidikan. Ujung2 ank 8 thun tu diharap ubah nasib keluarga...keluarga tu bai..kalu ubah nasib diri tu tahan gak
Quote mdhelmi 15-3-2021 04:14 PM
kepada adik tu:
hormat mak ayah dan org2 yg patut hormat
yg wajib jgn tinggal
dosa jgn buat
belajar rajin2 x pandai pon xpe
semua Tuhan akan lorongkan ke arah mana adik akan berjaya


Quote sarahmirza 15-3-2021 04:35 PM
Kasihannya... Mujur anaknya 2 aje...
Kalau lagi ramai, lagi banyak kena kutuk...
Miskin, anak sakit pulak....
Bagai jatuh di timpa tangga
Semoga anak sulung ni membesar jadi insan berguna..
Quote akies 15-3-2021 05:21 PM
Rezeki ko dik dpt masuk ke sekolah..
Anak2 bumi leper langsung takde peluang
Quote midori_katana 15-3-2021 05:52 PM
Lama dulu akak pernah buat kajian ttg keciciran di kawasan ni... ramai juga anak nelayan  yg tak pergi sekolah.. sbb ibu bapa rasa bantu mereka bekerja lebih bagus sbb dapat tambah pendapatan keluarga.... gitulah... mereka org miskin...
Quote Belibis 15-3-2021 08:33 PM
bakawali_04: bapak dia mmg takleh kerja lain keselain keje kampung niemmg kawasan tu susah dpt kerja ke ape??sbb ngk umo baru 36 tahunkira muda lagisi mak tu paham ...

Kalau kampung,memang susah la nak cari kerja tetap,umur 35 dah last la majikan nak ambik,kecuali ada spesel kemahiran macam mcgyver.
Quote white_musk 15-3-2021 08:35 PM
midori_katana replied at 15-3-2021 05:52 PM
Lama dulu akak pernah buat kajian ttg keciciran di kawasan ni... ramai juga anak nelayan  yg tak per ...

Dah tahu miskin tak mampu mengapa berkahwin?
Quote Dwdrum 15-3-2021 08:54 PM
[youtube]hsK98FueTQA[/youtube]

Quote Leban 15-3-2021 08:56 PM
semoga terang hati.. dan cepat dapat catch up dengan rakan sebaya
Quote PEPPERMAN 15-3-2021 09:41 PM
kes dia ni tak sampai ke pengetahuan ebitliew ka
Quote cariplease 15-3-2021 09:41 PM
Calling sohai.... tolong bertanggungjawab untuk anak-anak anda.
Quote Meiizu 15-3-2021 11:17 PM
Anak ke2 sakit tu  belanja byk.
Parent muda lagi..harap boleh usaha dapat keje yg lebih baik
Quote emera 15-3-2021 11:25 PM
becir replied at 15-3-2021 03:57 PM
Mak 31 bapak 36, belum apa2 dah letak big hope kat anak 8 tahun untuk ubah nasib keluarga..kimk nya  ...


Aku ingat aku sorg je yg hangin dgn statement ni. Bapak tu muda lg kot. Mcm2 boleh diusahakan. Tp mungkin duduk kampung, tak de byk peluang kerja. Kalau dok bandar atau pinggir bandar, org potong rumput mmg berduit saja sbb kerja tak pernah putus. Larat tak larat je. Kalau aku, bercucuk tanam utk tampung makan. Boleh jugak slow2 bela ayam. Kawan aku bela ayam, tau2 dah byk anak dia. Dok bertelur dlm semak kawasan rumah dia.

Apa2 hal, aku respek lg dia ni banding sohai pemalas.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.203229 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top