Tidak dinafikan bahawa industri seni dan hiburan tanah air dilihat memiliki ramai artis berbakat besar dan sangat popular bukan sahaja di Malaysia tetapi juga dikenali di Hollywood.
Hebat bukan? Mereka berjaya mencipta nama yang besar di sana. Kami akan senaraikan siapakah artis yang berjaya mencipta nama di Hollywood yang dapat kami kumpulkan dari berbagai sumber. Jom kita tengok! Rendra Zawawi (Komposer) Membina kerjaya di Hollywood amat sukar. Namun, Rendra Zawawi yang merupakan seorang komposer, penulis lagu, produser telah berjaya membuktikan bahawa tiada perkara yang mustahil untuk dilakukan. Nama Rendra Zawawi mungkin jarang disebut di media massa tempatan. Namun, komposer muda ini sebenarnya telah pun membawa bakat dan seni muziknya ke persada antarabangsa. Antara beberapa karya yang telah disumbangkannya adalah seperti American Horror Story, Scream Queens, American Crime Story, Mr.Robot, 9-1-1 dan banyak lagi.
Yuna Yunalis Binti Mat Zara’ai atau lebih dikenali dengan nama Yuna adalah seorang penyanyi dan penulis lagu yang berasal dari Alor Star, Kedah yang dilahirkan pada 14 November 1986. Dia juga adalah seorang penyanyi terkenal antarabangsa yang berjaya mencipta nama di Hollywood. Yuna memulakan kariernya pada usia 14 tahun lagi dan pada awal 2011 dia telah menandatangani kontrak dengan sebuah syarikat pengurusan Indie-Pop selepas dia memperdengarkan muziknya di laman MySpace dan berjaya menjaringkan jutaan putaran. Sepanjang kerjaya muziknya, Yuna telah bekerjasama dengan ramai artis terkenal tempatan dan antarabangsa seperti Usher, Jhene Aiko, G-Easy, Tyler, the Creator, Owl City, Jay Park, Sona One, Aizat Amdan dan ramai lagi. Michelle Yeoh Tan Sri Michelle Yeoh adalah satu nama yang tidak asing lagi bagi peminat dunia seni tempatan dan antarabangsa. Michelle Yeoh merupakan seorang pelakon kelahiran Ipoh, Perak yang dilahirkan pada 6 Ogos 1962 dan beliau merupakan antara artis yang berjaya menapak di pentas Hollywood. Beliau yang merupakan bekas ratu cantik memulakan kerjaya sebagai pelakon di Hong Kong menerusi filem aksi dimana beliau sendiri yang melakukan aksi-aksi yang dilakonkannya. Beliau telah banyak membintangi filem-filem terkenal seperti Avatar 2, Mechanic: Resurrection, James Bond: Tomorrow Never Dies, Guardian of Galaxy Vol.2, Star Trex: Discovery, The Mummy: Tomb of A Dragon Emperor dan banyak lagi. James Wan James Wan dilahirkan pada 26 Februari 1977 di Kuching, Sarawak yang telah berhijrah ke Australia ini adalah merupakan seorang pengarah filem seram, penulis skrip dan juga penerbit. James Wan adalah antara nama-nama besar yang berjaya membina kerjaya di Hollywood. Dia mula membina kerjaya sebagai pengarah pada tahun 2004 dan antara filem-filem arahannya adalah Saw, Aquaman, The Conjuring, Insidious, Furious 7 dan banyak lagi. Henry Golding Henry Ewan Golding atau lebih dikenali sebagai Henry Golding adalah anak kelahiran Malaysia-British yang dilahirkan pada 5 Februari 1987 di Betong, Sarawak. Henry merupakan seorang pelakon, model dan juga pengacara yang sukses di Hollywood dan dia pernah mengacarakan BBC’s The Travel Show sejak tahun 2014. Dia juga terkenal dengan karya filemnya seperti Crazy Rich Asian sebagai Nick Young, Last Christmas, The Gentleman, Snake Eyes: G.I.Joe dan banyak lagi. Sumber: Murai
|
salmon-suki replied at 15-3-2021 05:03 PM
Heyyyy..mana ramilah begum y dpt offer berlakon filem marvel tu??kejam tt xmasukkan nama dia..{:smil ...
Nenasketum replied at 15-3-2021 06:13 PM
Ini yang dah blakon sis, tamil naidu tolak kekonon offer mentah2, so tak boleh masuk list!
Suchi replied at 15-3-2021 05:31 PM
Masing2 ni masih igt kat malaysia ke? Nak plak yg dr sarawak.
Tapi aritu admin GSC wish selamat h ...
PEPPERMAN replied at 15-3-2021 10:16 PM
ani zonneveld?
ADVERTISEMENT