Beritanya menjadi ibu tertua di dunia pernah menggemparkan media dua tahun lalu, kini ianya mendapat liputan sekali lagi apabila Yerramatti Mangayamma, 75, terpaksa membesarkan anak kembarnya seorang diri setelah suaminya Raja, 85, meninggal dunia. Kini pasangan kembar tersebut, Rama Tulasi dan Uma Tulasi kehilangan ayah mereka di usia yang sangat muda. "Suami cuma mendapat kesempatan selama setahun sahaja nikmat menjadi bapa sebelum meninggal akibat sakit jantung. Tapi, perasaan itu sangat kami hargai." Pasangan tersebut mendapat anak menerusi kaedah IVF setelah perkahwinan mereka selama 57 tahun tidak mendapat cahaya mata. Mereka sudah berputus asa setelah Yerramati mengalami menopaus di usia 40 tahun, namun keajaiban berlaku apabila mereka bertemu pakar sakit puan di Andhra Pradesh, selatan India. Setelah membuat perbincangan, pasangan tersebut bersetuju menggunakan telur daripada penderma dan sperma daripada Raja dalam kaedah IVF. Rezeki mereka berganda apabila Yerramatti disahkan mengandung anak kembar dan saat sebagai ibu bapa dinikmati bersama-sama. Tidak mahu membiarkan anaknya terkapai-kapai tanpa hala tujuan, Yerramati telah mewasiatkan saudara terdekat untuk menjaga kembar tersebut setelah kematiannya nanti. - CARI
|
Eliadaisy83 replied at 16-3-2021 02:23 PM
Golongan kayangan je mampu buat ivf...
Aci ni xnampak pun mcm golongan kayangan.
dudaberhias replied at 16-3-2021 02:27 PM
Dapat sponsor kot kaka.
Tapi ivf sana murah dari Malaysia.
Apa2 perubatan di india memang murah ...
kon2 replied at 16-3-2021 03:28 PM
cian baby ni, hmm xpatut penting diri sdri
Eliadaisy83: Golongan kayangan je mampu buat ivf...Aci ni xnampak pun mcm golongan kayangan.
jazaa100 replied at 16-3-2021 01:11 PM
dorang ni golongan kayangan ke?....
nmpak mcm tak je.....
ADVERTISEMENT