Sepasang kekasih dibuang dari sebuah universiti terkemuka di Pakistan gara-gara berpelukan dan melamar di kampus, menurut laporan PTI. Tindakan dibuat susulan sebuah video menjadi tular di Internet.
Jawatankuasa disiplin khas University of Lahore mengadakan mesyuarat pada 12 Mac lalu dan memanggil dua pelajar terbabit, tetapi mereka gagal menghadirkan diri. Pihak universiti kemudian memutuskan untuk menggugurkan pelajar lelaki dan perempuan terbabit serta melarang mereka berada di kampus. University of Lahore berkata, kedua-dua pelajar terbabit melakukan salah laku dan melanggar peraturan universiti. Video tersebut menjadi kecoh di laman Twitter selepas menjadi tular di media sosial, susulan kejadian yang berlaku pada Khamis. Rakaman video menunjukkan seorang pelajar perempuan melutut dengan memegang sejambak bunga ros, bagi melamar pelajar lelaki terbabit. Pelajar lelaki itu kemudian mengambil jambangan bunga sebelum kedua-duanya berpelukan, dan kedengaran sorakan pelajar-pelajar lain. Sumber: mStar |
tumpanglalu74 replied at 15-3-2021 03:47 AM
Sape lamar sape? Betine tu yang mencangkung..
arlyssa replied at 15-3-2021 08:02 PM
rugi la kalau sampai kena expel daripada uni.
jangan nanti kemudian hari ko menyesal dah ler.
FOTHER-MUCKER replied at 15-3-2021 09:50 PM
Perempuan tu yang lamar lelaki.
dudaberhias replied at 16-3-2021 01:28 PM
Ewww, tak kelas langsung, lepastu pompuan melamar persis leluhur pari pari. Memburukkan universiti t ...
ADVERTISEMENT