CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penuntut Kolej Komuniti Terjun Tingkat 12

16-3-2021 12:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5260| Komen: 26

Seorang penuntut kolej komuniti ditemui mati selepas terjun dari tingkat 12 kediaman saudaranya di Flat Desa Rahmat di sini semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7 pagi dan wanita berusia 21 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.




Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, hasil siastaan mendapati mangsa sepatutnya hadir kelas pada jam 8 pagi selepas melakukan isolasi pengasingan sementara Covid-19 selama seminggu di Politeknik Balik Pulau.

Katanya, siasatan lanjut saksi mendakwa melihat mangsa berbual di telefon di balkoni rumah sebelum tiba-tiba dikejutkan dengan kejadian terjun dari kediaman tersebut.

“Hasil soal siasat mendapati mangsa yang menetap di Nibong Tebal itu dihantar ke rumah ibu saudaranya susulan kediaman tersebut berhampiran kolej mangsa.

“Ibu saudaranya juga mendakwa tiada sebarang kelakuan pelik ditunjukkannya sebelum ditemui mati dengan cara bertindak terjun dari tingkat 12 kediaman sewa itu,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.


Menurut Soffian, hasil pemeriksaan polis tidak menemui sebarang unsur jenayah dalam kejadian tersebut.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” ujar Soffian. 


Sumber: MalaysiaGazette

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissyMolly 16-3-2021 12:20 PM
Terjatuh ke? Tergelincir? Takotnya kalau mmg terjun{:question
Quote salmon-suki 16-3-2021 12:26 PM
Cuba cek last caller tu sapa..boipren?kot2 gaduh ke..last2 suicide...tp kalau bkn suicide,semoga roh nya ditempatkn brsama org2 beriman..

Msti menakutkan nak stay situ lps ada kes mcm ni..kesian plak sedara dia tu..kena cekal hati laa..
Quote ifanonline 16-3-2021 12:28 PM
tingkat 1 sampai tingkat 12 akan sentiasa berhantu...jeritan roh terjun dr tingkat 12 sehingga mencecah tanah akan sentiasa terdengar pd waktu tengah malam
Quote batmana 16-3-2021 12:31 PM
sangka baik..
cari line kot

kdg2 arah bngunan,tk dpt line
Quote INTAN.JEJAI 16-3-2021 12:35 PM
Mudanya ko bunuh diri dik.
Quote prettyuglybabe 16-3-2021 12:37 PM
gaduh dengan boypren kot..
Quote helicornia 16-3-2021 12:51 PM
aku tkt 5 pun dah gayat
Quote haryatie 16-3-2021 12:58 PM
Ya Allah..kesiannya
Quote jazaa100 16-3-2021 01:03 PM
ifanonline replied at 16-3-2021 12:28 PM
tingkat 1 sampai tingkat 12 akan sentiasa berhantu...jeritan roh terjun dr tingkat 12 sehingga mence ...

masa dia terjun tu, dia menjerit ke?....

klu dia tak mnjerit, takkn roh dia kacau org dgn mnjerit pulakk......
Quote teen_angelJB 16-3-2021 01:09 PM
Kalau non muslim...welcome to the hell yooo..
Kalau muslim...u are invited too...
Sayangnye kalau islam...sia2 dibensarkn dalam.keadaan seorang islam..Mati masuk neraka..
Nauzubillah
Quote AbukRokok 16-3-2021 01:20 PM
ifanonline replied at 16-3-2021 12:28 PM
tingkat 1 sampai tingkat 12 akan sentiasa berhantu...jeritan roh terjun dr tingkat 12 sehingga mence ...

nsib baik tgkat 14

Quote lattehazelnut 16-3-2021 02:12 PM
Baca title da tau negeri mana..
Quote tumpanglalu74 16-3-2021 02:20 PM
Gegurl:  U taknak nikah jugak dengan I, I terjun tingkat 12 ni sekarang!
Boy: Terjun la..

SKMM tugas anda amat dihargai..
Quote izwan_izi 16-3-2021 02:26 PM
dah bunting..?? boipren tanak bertanggung jawab..?
Quote Hazi1975 16-3-2021 03:27 PM
Ape lah yg buat dia nekad terjun tu hrmm...
Quote Supersirap 16-3-2021 03:54 PM
Mungkin terjatuh sewaktu berada di kawasan tersebut, salam takziah diucapkan
Quote trisnalovezul 16-3-2021 05:06 PM
salam takziah pada korban.turut berdukacita.kasian
Quote tumpanglalu74 16-3-2021 05:28 PM
izwan_izi replied at 16-3-2021 02:26 PM
dah bunting..?? boipren tanak bertanggung jawab..?

1 lagi..

Gegurl:  Aritu abang janji nak delete?
Boy:  Ye ke?  Tak pon.

"Boooommm!"
Quote Lvstar 16-3-2021 06:11 PM
ifanonline replied at 16-3-2021 12:28 PM
tingkat 1 sampai tingkat 12 akan sentiasa berhantu...jeritan roh terjun dr tingkat 12 sehingga mence ...

Baca pun seram dah

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.055358 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top