CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Senaman Rahang Supaya Jawline Tajam - Ini Kata Pakar

17-3-2021 09:43 AM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 8129| Komen: 23|Original author: Oleh: Rikuren


Bentuk jawline tajam atau V kini menjadi idaman semua orang baik lelaki mahupun wanita. Rahang yang berbentuk dan terletak elok boleh menghasilkan potret terbaik tidak kira dari pelbagai sudut. 

Terbaru, seorang model Itali, Luca Marchesi  menunjukkan perubahan bentuk rahang yang ketara hasil senaman wajah yang diamalkannya lebih dua bulan lalu seperti yang dilaporkan Daily Mail UK.

Kredit foto: Tik Tok Luca via Daily Mail UK



Marchesi  dengan bangga berkongsi transformasi wajahnya yang dramatis di TikTok setelah bertahun-tahun melatih rahangnya yang tampak makin tajam.


Dalam video itu, Marchesi dilihat mengemam alat senaman rahang berwarna hitam pada mulutnya dan menunjukkan bentuk rahangnya dari sudut pandangan sisi.

Kredit foto: Tik Tok Luca via Daily Mail UK

Walaubagaimanapun, perubahan drastik rahang lelaki itu membuatkan netizen menyamakan Marchesi dengan karakter kartun, Alvin and the Chipmunks.

Menurut Marchesi, dia nekad mengubah bentuk rahangnya kerana pernah dikritik mempunyai wajah terlalu bulat.

Kredit foto: Tik Tok Luca via Daily Mail UK

Walaupun ada yang kata rahang yang tajam bikin rupa paras kamu seksi, pakar kesihatan telah memberi amaran bahawa senaman yang dilakukan Marchesi ini boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan berlaku pada otot rahang.

Jadi, janganlah kita terikut-ikut dengan trend di TikTok, tidak semua memberi manfaat untuk kesihatan. Tak perlu sampai susahkan diri semata-mata untuk nampak cantik sempurna. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lemonademint6 17-3-2021 09:48 AM
Rahang da jd apa tah.. muka herlok, rahang buruk
Quote imransulaiman 17-3-2021 10:09 AM
Hodoh bila senyum. Macam muka Buzz Lightyear!
Quote Plain-tif 17-3-2021 10:34 AM
Pelik sangat dah kalau ghope ituuuuu
Quote Ain_h 17-3-2021 11:15 AM
Rahang time dulu dah okay dah
Quote Artemesiaa 17-3-2021 02:22 PM
Walaupun nampak runcing tapi pelik pulak jadi bentuk mukanya tu
Quote yssej16 17-3-2021 02:32 PM
terus nampak pelik dah
Quote ReginaGeorge 17-3-2021 08:59 PM
Senaman atau pembedahan? {:shy
Quote Fafaa 18-3-2021 10:37 AM
Buat surgery ni.. propa sgt buat senaman {:laugh
Quote Zaien 18-3-2021 12:19 PM
hahahaha jadah apeee lawa jawlinee ko gituuu
Quote awenda507 18-3-2021 01:18 PM
Lain machiamm tajamnye smpai nmpk pelik pd mata iols ni
Quote mieymiey 18-3-2021 02:00 PM
Macam surgery jah?
Quote ckenj 18-3-2021 02:28 PM
macam surgery ja....
Quote gideoncross 19-3-2021 01:11 AM
Dh jdi hodoh plak, yg asli lgi cntik. Agknya yg kritik dia dlu tu sbb jeles kat dia tpi dia ingt tu btul2, so dia ubh muka smpai camtu. Insecurities.
Quote tinta_merah 19-3-2021 05:02 PM
Mak oiii
Quote anony-mous 20-3-2021 03:18 AM
Klau asal muka bulat x ada rahang elok la pakai. Ni muka asal rahang dah nyata, pegi add on lg jd pelik. Xsilap iols ada baca pasal ni masa awal2 viral, kat situ otot, so nnti bila stop practise, jd mcm asal balik la kot
Quote Nanadjo 20-3-2021 08:25 AM
Over sangat dah ni, terus tak nampak hensem bagi aku
Quote azuargurl 20-3-2021 09:19 PM
pelik
Quote mijot 20-3-2021 10:23 PM
asal mataku nampak lg hodoh...
Quote Nes3in1 21-3-2021 12:22 AM
Tak menarik pun kalau tajam bersegi sgt. Mcm pelik alien.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.052331 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top