Memang tidak dapat dinafikan, setiap pasangan baru berkahwin pasti mahu hidup berdikari tanpa campur tangan mana-mana pihak. Tetapi, ada juga pasangan terpaksa tinggal sebumbung dengan keluarga mentua atas beberapa faktor tidak dapat dielakkan.
Terbaru, seorang wanita meluahkan rasa sedih dan terkilan kerana lauk dimasaknya dipercayai dibuang mentuanya. Menerusi video pendek dikongsikan @Deknana222 di TikTok, wanita ini sedang mengalirkan air mata kerana ‘makan hati’ dengan tindakan mentuanya. Menurutnya, setelah memasak hidangan untuk seisi keluarga, dia mengambil wuduk untuk mendirikan solat. Namun, seusai keluar dari tandas dia melihat periuk berisi sayur yang dimasaknya pada waktu pagi berada di dalam sinki. Rupa-rupanya, kesemua sayur itu telah dibuang mentuanya di belakang rumah sedangkan baki sayur masih banyak.
Lebih meruntun jiwa apabila mentuanya kemudian meminta anak perempuannya yang baru pulang dari kerja untuk memasak hidangan lain. Tambah wanita ini lagi, andai kata mentuanya tidak mahu menjamah sayuran yang dimasaknya itu, alangkah baiknya jika ia dibiarkan sahaja sekurang-kurangnya dia boleh makan supaya tidak membazir. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi kata-kata semangat kepada wanita ini supaya bersabar dalam menempuhi ujian tersebut. Malah, tidak kurang jugayang berharap agar keluarga mentuanya itu diberikan hidayah supaya berubah dan lebih menghargai wanita ini. Sumber: OhBulan
|
Mulotkoyak replied at 16-3-2021 02:43 PM
Ape susah... Pegi laaa improve diri utk belajar memasak bg sedap. Xpayah nk menangis dpn tiktok. Adu ...
ADVERTISEMENT