Menjalani ujian calitan atau swab test merupakan salah satu syarat yang diwajibkan sebelum seseorang selebriti terbabit dalam penggambaran atau rakaman program.
Akur dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan itu, pelawak Fad Bocey atau nama sebenar Muhammad Fadzlie Mohd Nizam, 30, berkata dia sanggup menahan sakit menjalani ujian sama berulang kali demi mencari rezeki untuk keluarga. "Ini kali ketiga buat swab test... setiap kali nak masuk program baru kena swab test, perit! Memang kena berkorban banyak sekarang sebelum dapat rezeki tu. "Lepas ni senang dah nak tahu member mana yang paling banyak job, tengok hidung kembang semacam je maksudnya banyak job la tu," katanya menerusi Instagram.
Bersama kapsyen tersebut, Fad turut memuat naik rakaman video semasa dia menjalani ujian calitan itu secara pandu lalu pada Selasa. Pada Februari lalu, kerajaan membenarkan kerja pra-produksi penggambaran dan rakaman di studio merangkumi drama, telelem, iklan, dokumentari, sitkom, livestreaming, rakaman kebudayaan, seni dan warisan tanpa penonton. Syarat lain perlu dilaksanakan adalah mewajibkan pelakon dan petugas belakang tabir melakukan ujian calitan sebelum produksi diberikan Sijil Perakuan Penggambaran (SPP) khas seperti yang dikehendaki Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).
Dalam perkongsian yang lain pula, Fad turut memberikan ucapan istimewa untuk isteri tersayang, Nur Syahirah A. Rahman sempena ulang tahun perkahwinan keenam mereka yang disambut pada Ahad lalu. "Happy anniversary mummy (Syahirah)... terima kasih untuk enam tahun yang indah, walau pelbagai cabaran yang kita tempuh, mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan kita dunia dan akhirat. I love you so much," tulisnya.
Fad mendirikan rumah tangga dengan Nur Syahirah atau Syaheera pada 14 Mac 2015. Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Favian Adrazin Hayyan, Favian Adrazin Zayyan, Nur Aminah Mishall dan Ibrahim Jibriel. -CARI Sumber: mStar Online
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|