Istanbul: Perkhidmatan perlindungan sosial Turki hari ini mengambil seorang remaja dari jagaan bapanya dan menahan lelaki berkenaan selepas satu video yang disiarkan di platform TikTok menyaksikannya melakukan perbuatan tidak sopan terhadap remaja berkenaan.
Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Hasan Tunclar dilihat meraba anak perempuannya berusia 15 tahun sambil memuji-muji kecantikan remaja itu. Kementerian perkhidmatan sosial Turki berkata, remaja itu sudah dibawa untuk perlindungan dan lelaki berkenaan sudah ditahan. Pengguna media sosial dari negara berkenaan sering menimbulkan kontroversi apabila kerap membuat hantaran memaparkan perlakuan fizikal dan seksual keterlaluan terhadap kanak-kanak dan wanita, yang sering dilakukan oleh ahli keluarga.
Awal bulan ini, satu video telah tular yang menyaksikan seorang lelaki memukul bekas isterinya di hadapan anak mereka berusia lima tahun. Berikutan itu, Parlimen Turki menubuhkan jawatankuasa yang bertujuan untuk merangka cara mengatasi masalah itu. Kumpulan hak asasi wanita menuduh pemerintah Turki dan sistem keadilan negara yang menyebabkan wujudnya budaya seumpama itu sehingga kadar jenayah terhadap wanita terus meningkat saban tahun. -CARI Sumber: Harian Metro
|
lattehazelnut replied at 16-3-2021 08:55 PM
Ban je la tiktok ni
Lg byk keburukan dari faedah
rajamoney replied at 16-3-2021 04:51 AM
bangsa etis
KBW2 replied at 17-3-2021 10:48 AM
Jijiknya bapa seperti ini. Kejadian dia sendiri pun sudah menjijikkan rope. Ni video dia, entah apa ...
ADVERTISEMENT