CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah 192 Kali Cuba, Lelaki Masih Gagal Ujian Teori Memandu

17-3-2021 11:07 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4087| Komen: 21

Seorang lelaki gagal ujian teori memandu 192 kali. Menurut laporan media tempatan seperti dipetik Daily Star, lelaki Poland itu telah menghabiskan 6,000 zloty (RM6,400) bagi yuran ujian sahaja.


Gambar hiasan

Bagaimanapun, dia bukan individu pertama berdepan kesukaran untuk lulus ujian teori memandu.

Pada 2009, seorang wanita Korea Selatan hanya lulus pada percubaan ke 950, lapor The Guardan ketika itu.

Difahamkan, wanita berusia 67 tahun itu memerlukan lesen memandu untuk perniagaannya dan dia telah menghabiskan 2,500 pound (RM14,308) hanya untuk membayar yuran permohonan. 

Malangnya, dia gagal meraih markah minimum 60 daripada 100 markah penuh untuk lulus ujian berkenaan.

Manakala, lelaki dari Piotrków Trybunalski berusia 50 tahun itu masih gagal ujian teori memandu sejak kali pertama mengambil ujian berkenaan pada 17 tahun lalu.



Gambar hiasan

Menurut laporan tempatan, ia merupakan percubaan terbanyak direkodkan di Poland.

Sementara itu, seorang pemandu malang berusia 42 tahun di United Kingdom menghabiskan sebanyak 3,600 pound (RM20,603) sebelum lulus ujian teori memandu pada percubaan ke 158. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rajamoney 16-3-2021 01:47 PM
kt malaysia tk de lesen elok je bawak kereta

Quote rajamoney 16-3-2021 02:02 PM
jap2

teori?

teringat teori graviti dan teori evolusi yg popular dlm forum ini

suatu ketika dahulu

ittew

Quote Artemesiaa 16-3-2021 02:16 PM
Betul tu kat Malaysia tak ada lesen elok je pandu kereta bawak motor tak ada rasa bersalah.  Lepas tu terlibat dalam kemalangan menyusahkan orang lain.  Belum lagi yang gigih ajak berlumba.
Quote jazaa100 16-3-2021 02:19 PM
rajamoney replied at 16-3-2021 01:47 PM
kt malaysia tk de lesen elok je bawak kereta

kat msia driver byk pilihan dol.....

i)  lesen sah
ii)  lesen terbang
iii)  tanpa lesen


Quote rajamoney 16-3-2021 02:22 PM
jazaa100 replied at 16-3-2021 02:19 PM
kat msia driver byk pilihan dol.....

i)  lesen sah

alhamdulillah

seronoknya hidup di malaysia ini
Quote hazzium 16-3-2021 02:26 PM
Never give up..congratulations
Quote R2D2 16-3-2021 02:29 PM
di satu negara
ada yg berusaha nak jadi PM
lebih 22 tahun usaha
Quote pinklepie 16-3-2021 02:41 PM
Edited by pinklepie at 16-3-2021 06:46 AM

Akhirnya... Tahniah pak cik lepas ni boleh bawa kereta tanpa rasa takut jadi pengguna jalan raya yg baik tau



Quote CARI-MAL 17-3-2021 11:07 AM
Seorang lelaki gagal ujian teori memandu 192 kali. Menurut laporan media tempatan seperti dipetik Daily Star, lelaki Poland itu telah menghabiskan 6,000 zloty (RM6,400) bagi yuran ujian sahaja.




Gambar hiasan




Bagaimanapun, dia bukan individu pertama berdepan kesukaran untuk lulus ujian teori memandu.


Pada 2009, seorang wanita Korea Selatan hanya lulus pada percubaan ke 950, lapor The Guardan ketika itu.


Difahamkan, wanita berusia 67 tahun itu memerlukan lesen memandu untuk perniagaannya dan dia telah menghabiskan 2,500 pound (RM14,308) hanya untuk membayar yuran permohonan.


Malangnya, dia gagal meraih markah minimum 60 daripada 100 markah penuh untuk lulus ujian berkenaan.


Manakala, lelaki dari Piotrków Trybunalski berusia 50 tahun itu masih gagal ujian teori memandu sejak kali pertama mengambil ujian berkenaan pada 17 tahun lalu.




Gambar hiasan




Menurut laporan tempatan, ia merupakan percubaan terbanyak direkodkan di Poland.


Sementara itu, seorang pemandu malang berusia 42 tahun di United Kingdom menghabiskan sebanyak 3,600 pound (RM20,603) sebelum lulus ujian teori memandu pada percubaan ke 158. - CARI
Quote Ain_h 17-3-2021 11:11 AM
Kesian duit... Kena jpj yg kawtim kot
Quote BarbiePink 17-3-2021 11:55 AM
Kesian nya ni misti ada fobia kot
Quote Suchi 17-3-2021 12:07 PM
Tapi mesti dh terer memandu kat jalan raya kan?
Quote kakakko 17-3-2021 12:24 PM
Macam kawan meols.. Dah 30 lebih baru ada lesen. Padahal sebelum2 ni dah merata bawak kereta motor. Alasannya sebab ujian teori tak lepas..
Quote user.name 17-3-2021 12:24 PM
so maknanya ko kena sedar diri lah yang ko tak boleh nak memandu khenss? ni dah lagi hauk dari kak nab yachh dah berapa ratus kali punya peluang nih tetap terkucil apooo?
Quote watymuchaz 17-3-2021 12:26 PM
Ko hire driver je lah. Nampak sangat bengap kat situ.. Cmna nak drive
Quote FanTasyCreaTioN 17-3-2021 12:47 PM
Thread awal dah ada :
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1242547


tunggu Admin6 atau @CARI-MAL sendiri mergekan...


Quote nowhite 17-3-2021 02:05 PM
Sila cuba lagi
Quote Tinot7 17-3-2021 09:04 PM
R2D2 replied at 16-3-2021 02:29 PM
di satu negara
ada yg berusaha nak jadi PM
lebih 22 tahun usaha

Pastu kata dia akan benti mencuba sblm umo 95... giteww...
Quote CiliPadiSedap 17-3-2021 11:36 PM
Sebenarnya teori tu xpakai sgt kt jalan yg penting fhm lah sikit2 symbol dan pengalaman memandu

Contoh jumpa lambang lembu tepi jalan?  Xkan nak stop tepi jalan nak check ada lembu ke? Babi ke? Trex ke?

Common sense tentulah signboard lembu bermaksud bawa slow hati2 bibik friskas nak melintas jalan

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.053153 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top