|
Berkecai hati seorang pelaut yang bersusah payah bekerja di kapal mendapati isterinya berlaku curang dengan anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Toraja Utara. Difahamkan, dia masuk ke bilik wanita itu melalui tingkap dan keluar seperti pencuri.
TribunNews melaporkan, aksi terkutuk lelaki itu dihidu penduduk setempat, lalu mencetuskan tunjuk perasaan di luar pejabatnya pada Isnin lalu. Mereka menggesa anggota DPRD berkenaan diberi hukuman berat dan dipecat atau diberhentikan sebagai anggota dewan. Menurut laporan, hubungan mereka terbongkar pada awal November tahun lalu selepas perbuatan terkutuk pasangan itu diketahui salah seorang anak wanita terbabit yang kemudian membuat aduan. Difahamkan, sejak menjalin hubungan asmara, lelaki itu sering ke rumah wanita terbabit. Mereka dipercayai kerap melakukan hubungan intim ketika pelaut terbabit keluar bekerja.
Berikutan itu, Ketua Badan Kehormatan (BK), Marten Parrangan berharap DPRD Toraja Utara mengambil tindakan tegas supaya kejadian sama tidak berulang. - CARI
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
3-2-2026 06:30 PM GMT+8 , Processed in 0.040001 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.