CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Dah Turut Permintaan Mereka" - Aiman Tino Berdamai Dengan Ibu Bapa

18-3-2021 07:25 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 5219| Komen: 34|Original author: Oleh: LilRose

Aiman Tino akhirnya berdamai dengan ibu bapanya dan berjanji menurut segala permintaan ibu bapanya.


Kredit foto: IG


Katanya kepada Harian Metro, isu salah faham membabitkan dia dan ibu bapanya pada bulan lalu sudah selesai dan mereka juga jelas dengan situasinya.

"Ada perkara yang mereka mahu daripada saya seperti nak saya duduk seorang dan apa sahaja isu yang dirasakan negatif, saya kena tolak tepi dan lupakan. Saya mengiyakan dan ikut cakap mereka.

"Saya tunaikan permintaan mereka dan dalam masa sama saya minta mereka juga faham kehidupan saya," katanya.

Pemilik nama Mohammad Aiman Yusri, 23, itu juga menjelaskan sudah tiada hubungan dengan wanita yang didakwa kekasihnya, Farah.

Bekas kekasihnya itu sebelum ini didakwa menjadi punca dirinya berubah hingga melupakan keluarga akibat dikongkong.





Kredit foto: IG

"Dengan kekasih sudah tidak ada. Saya dengar cakap mak. Sekarang ini semua perkara saya buat sendiri. Saya uruskan kerja, perniagaan dan rutin harian sendiri. Semua saya buat sendiri. Itu yang mereka nak.

"Perkara ini sudah lebih sebulan. Saya berasa ia tak memberi kesan apa-apa. Malah, dengan adanya isu ini ia memberi semangat kepada saya. Pada mulanya memang rasa 'down', tapi di sebaliknya selepas seminggu, semangat datang.

"Ada hikmah di sebalik apa yang terjadi kerana ia membuatkan saya nak lebih berjuang. Apa saya boleh cakap, keluarga saya mungkin tak nampak apa saya buat di luar dan saya pun kurang berkongsi dengan mereka. Saya memang bekerja keras untuk keluarga," katanya.

Buang yang keruh, ambil yang jernih. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote evataso 18-3-2021 08:02 AM
Eloklah.. lagipun kat dunia blh jer ignore tp mati nanti jenuh berjawab. Berdamailah kalian
Quote Kurex 18-3-2021 08:25 AM
Bila nak keluarkan video cap lagi?
Quote Moyangkucing 18-3-2021 08:25 AM
Semoga lebih berjaya lepas ni dengan doa dan restu ibu dan bapa...
Quote ophillea 18-3-2021 08:31 AM
alhamdulillah... lps nie jangan gaduh2 lagi. kalau betul gf tu baik, cari cara untuk baikkan sesama mereka
Quote ayukpingu 18-3-2021 08:35 AM
elok la... moga baik2 semuanya
Quote dudaberhias 18-3-2021 08:36 AM
alhamdulilah... anak yang baik soleh gittew...
maknya hati2 lah yerrr nampak macam toxic mom...

jangan tua2 nanti di buang udah... belum terlambat untuk berubah jadi mak yang baik...
sekadar wasap tak jawab je pun kecoh...
Quote tuntasha 18-3-2021 08:40 AM
Edited by tuntasha at 18-3-2021 08:42 AM

Simpan lah anak makcik.
Cara aiman ni pun da macam tak kuasa nak layan mak toxic dia ni.
Quote Noraniza_Iblis 18-3-2021 09:27 AM
rilek2 je laa acik...
ank ko ade lg 10 org lg..
nk harapkn dek mano jee jd lubuk duit..
angin jgk laa budak tu..
die dh besa..xya nk control sgt ..
Quote haryatie 18-3-2021 09:41 AM
ketinggalan citer ni
selama ni dengar ckp GF ke apa sampai  x mau dngar ckp parents
parents mana yg x risau kalau ank byk duit tkut kena kikis dgn GF pulak
Quote naina 18-3-2021 09:44 AM
Herloknya dek aiman ni.  Dahla hensem manis wajahnya.. Baik plak tu. Suara sedap. Klu jadi boyfren mesti baik sweet je ni. Klu iols dapat dia iols ajak pindah jauh2 dari mak bapak toxic dan adik badik dia yg ramai itu. Biar iols plak produce anak banyak utk dia. . Koh koh koh
Quote zafira 18-3-2021 09:50 AM
Edited by zafira at 18-3-2021 09:52 AM

ya ke dah putus? Musykil akak ...
Quote nolya 18-3-2021 09:54 AM
Tak ade ibu yg mengharapkan perkara buruk terjadi kpd  anak2nya, baik anak lelaki ataupun pompuan  cuma ade ibu2 memantau secara ketat dn dianggap  over protectif.  Apa lagi jika si anak adalah ayam tambatan bgi keluarga,  kebimbangan si ibu pasti tinggi dn tiada batasnya.  

Hari ini fitnah dn jebakan berleluasa dn sesiapa saje boleh jadi mangsa.  Entah ianya soal khalwat,  hubungan songsang,  penipuan, dadah, dll.  Inilah  kebimbangan para ibu  terhadap anak2.  Ibu tetap mendoakan kesejahteraan anak2nya sepanjang  hayat maka janganlah anak2  kecewakan hati seorang ibu.  Anak lahir dari rahim  seorang ibu, maka itulah ibu dunia akhirat.  
Quote aldilla_zahraa 18-3-2021 10:06 AM
nolya replied at 18-3-2021 01:54 AM
Tak ade ibu yg mengharapkan perkara buruk terjadi kpd  anak2nya, baik anak lelaki ataupun pompuan  c ...

Adaaa je mak doa yg buruk2. Caci maki anak hari2 sumpah seranah. Ada. Just because you're lucky to be blessed with a normal set of parents, jangan invalidate pengalaman orang dengan Mak toxic
Quote SweetRehan 18-3-2021 10:20 AM
Bagus la camtu dikman
Quote kucingitam 18-3-2021 10:25 AM
maknya pun....haihla..
Quote nolya 18-3-2021 10:37 AM
aldilla_zahraa replied at 18-3-2021 10:06 AM
Adaaa je mak doa yg buruk2. Caci maki anak hari2 sumpah seranah. Ada. Just because you're lucky to ...

Saya tak ingin nafikan kenyataan anda kerana ada je ibu2 yg begitu. Kenapa ada ibu2 yg begitu ye?  Mungkin ibu itu juga mengalami hal yg sama drp ibunya dulu. Ataupun ibu spt itu dia tak ada etika seorang ibu, tak dengar ceramah/nasihat drp ustaz/ustazah/pakar motivasi yg sering mengatakan  cakapan seorang ibu itu ibarat doa kpd anak2nya.  Makian spt  "babi, sial, celaka, mamposlah kau hendak", terbit drp mulut ibu menandakan tahap kemerahan yg maksimum, tak terkawal dn tak sabar. Anak2 yg menerima makian begitu pastilah kecewa dn mungkin tertempias dgn 'doa' sedemikian kata.  Emak2 hari ini, ramai yg sudah celik dn terdidik, sering dengar ceramah dn termotivasi, maka jgnlah kita memarahi anak sedemikian kata. Cacian begitu boleh menjauhkan anak2 dgn ibunya dn akan terselit rasa  kecewa sampai ke tua. Mengharapkan anak2 terdidik maka para ibu janganlah salah mendidik.


Alhamdulillah...... saya tidak terdidik secara makian walaupun tegas dgn budaya dn agama. Membesarkan anak dlm disiplin budaya dan agama banyak mempengaruhi membina sahsiah yg sejahtera.
Quote prettyuglybabe 18-3-2021 10:43 AM
nasib la bila kau jadi lubuk duit..
good luck pada gf and bini beliau nanti..
Quote ashcroft86 18-3-2021 10:44 AM
Dik Mano ni mmg lubuk cash family ke? Org kita, budayanya, anggap ank investment la ye? Belanja skli skla, bg duit bulan2 tu ok la, ni smpai control hidup anak. Lain dgn barat, diorang klu boleh xnk susahkan anak. Tua2 pon stay dkt rumah org tua, retirement homes, because they know diorang xnk jdi beban. Ank2 ada hidup sendiri. Ni sampai control cmni, baca statement dik mano pon boleh agak. Aritu stress ngn family heols la tu, cut off contact.
Quote slyfynx 18-3-2021 10:45 AM
Ntah2 saje create that situation sbb nama dah x disebut kan.
Aku hati dah sgt hitam untuk purcaye cerita Hasanah2 camni.

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 08:06 PM GMT+8 , Processed in 0.101072 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top