Potong gaji, jika pulang kerja dua minit lebih awal. Itu tindakan diambil terhadap Jabatan Pendidikan Bandar Furnabashi, Wilayah Chiba, Jepun selepas kakitangannya pulang lebih awal daripada waktu tamat kerja.
World of Buzz melaporkan pihak berkuasa mengesan seramai 316 kakitangan pulang awal dari kerja sejak Mei 2019 sehingga Januari tahun ini. Alasan diberikan mereka tidak mahu ketinggalan bas. Kebanyakan pegawai itu pulang menaiki bas pada jam 5.17 petang. Jika terlewat, mereka terpaksa menunggu bas berikutnya yang tiba setengah jam kemudian. Seorang wanita yang juga pegawai tinggi dikenal pasti menjadi ketua 'pasukan pulang awal itu.' Akibatnya, gajinya akan dipotong 10 peratus selama tiga bulan. Ia dianggarkan dapat menampung kerugian jabatan itu 137,000 yen (kira-kira RM5,168) kerana cuti tidak direkodkan.
Netizen memberi maklum balas menyindir dengan komen sepatutnya terima gaji lebih masa jika pulang seminit lebih lama dari masa bekerja. "Lebih baik jika (majikan) tahu jadual pergerakan bas, jadi mereka boleh mengatur waktu bekerja kakitangan," kata seorang pengguna media sosial. Sumber: Harian Metro
|
tricomonas replied at 18-3-2021 09:53 AM
kalau masuk awal pulak kira mcm mana?
batusembilan replied at 18-3-2021 09:55 AM
majikan x paksa dtg awal. majikan bgtau dtg on time. atau tak baca t&c masa sign terima tawaran ke ...
tricomonas replied at 18-3-2021 10:22 AM
aku mai awal sbb bos mereng awalkan thumb print 10 minit.balik lambat 10 minit sbb kena dengar t ...
dudaberhias replied at 18-3-2021 10:15 AM
kat sana memang macamtu la... even keretapi sampai awal dari sepatutnya pun macam satu kesalahan bes ...
becir replied at 18-3-2021 10:25 AM
Kalau Gini gaya sure orang2 jepun majority Ada penyakit anxiety..muda stress pasal keje, Yang Tua ...
tricomonas replied at 18-3-2021 10:22 AM
aku mai awal sbb bos mereng awalkan thumb print 10 minit.balik lambat 10 minit sbb kena dengar t ...
tricomonas replied at 18-3-2021 10:22 AM
aku mai awal sbb bos mereng awalkan thumb print 10 minit.balik lambat 10 minit sbb kena dengar t ...
hasniey replied at 18-3-2021 10:49 AM
Sama je dgn company ai.kami punya rules before masuk xboleh awal dr 15 min.balik xboleh lambat dr 15 ...
ADVERTISEMENT