Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mencadangkan agar kerajaan memberi suntikan vaksin kepada golongan selebriti selepas menerima banyak aduan daripada penggiat seni tentang kekerapan melakukan swab test untuk setiap projek kerja.
Presidennya, Zed Zaidi kata kerajaan sepatutnya gunakan pengaruh besar golongan artis dan anak seni unutk menyebarkan pengetahun dan kebaikan vaksin Covid-19. "Kalau kita perhatikan banyak negara luar memanfaatkan dan menggunakan pengaruh golongan selebriti untuk membantu dalam memberitahu kebaikan pengambilan vaksin kepada rakyat mereka. "Kerajaan juga perlu melakukan perkara yang sama di sini. Seniman bersedia bekerjasama dengan kerajaan bagi menjadi frontliner untuk membantu daripada sudut kempen vaksinasi Covid-19 melalui media sosial para selebriti tersebut. Kalau kerajaan tak gunakan pengaruh yang ada pada artis, rugilah. "Kita ambil contoh paling dekat, seperti di Indonesia, mereka melantik selebriti sebagai ikon dan individu yang terawal untuk terima vaksin. Ia dilakukan agar dapat meyakinkan rakyat mereka bahawa vaksin itu selamat selain dapat menolak gerakan anti vaksin yang turut dilaungkan beberapa selebriti sebelum ini," katanya kepada mStar. Bukan itu sahaja, Zed uga memohon kerjaan agar mempertimbangkan kekerapan ujian calitan yang terpaksa dilakukan artis setiap kali mahu memulakan projek baharu. Katanya SOP itu dilonggarkan bagi meringkan beban mereka untuk berkarya. "Seniman banyak dapat aduan daripada artis lebih-lebih daripada pelakon yang mana mereka perlu melakukan banyak kali swab test. Bila dia ada banyak job, kena buat swab test banyak kali. "Kami harap kerajaan dapat kurangkan SOP bagi meringankan beban mereka untuk berkarya. Ada yang sampai kata dah fed up nak buat swab test banyak kali, dahlah sekarang susah untuk mereka dapat job. "Kalau dah dapat vaksin, tak perlulah mereka banyak kali buat swab test setiap kali dapat offer kerja. Dari situ dah dapat jimat kos... ingat tak sakit hidung kena cucuk banyak kali?" -CARI |
debab_78 replied at 17-3-2021 09:44 PM
Blah la.... dan2 justify n claim nak jd frontliner...
ADVERTISEMENT