CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

5 ditahan selepas perarakan pengebumian kongsi gelap 'Geng 36'

18-3-2021 09:23 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2731| Komen: 11



Kuala Lumpur: Polis menahan lima lelaki disyaki terbabit dalam perarakan pengebumian kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mempamerkan lambang Geng 36, semalam.

Rakaman video yang menunjukkan perarakan itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, polis menerima dua laporan berhubung video berkenaan.

"Laporan pertama dibuat pegawai kanan polis yang melihat video berdurasi 36 saat di WhatsApp menunjukkan lambang disyaki kumpulan kongsi gelap diletakkan di hadapan sebuah kenderaan bersama kalungan bunga.

"Laporan kedua juga dibuat pegawai kanan polis berkaitan isu sama menyatakan terdapat video berdurasi 58 saat menunjukkan kenderaan mempunyai lambang kongsi gelap.


"Terdapat juga video berdurasi 14 saat yang tular menunjukkan seorang lelaki membakar mercun di tengah Jalan Tun Sambanthan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Anuar berkata, bertindak atas laporan itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields menahan lima lelaki berusia 18 hingga 26 tahun di lima lokasi berasingan antara jam 9 malam hingga jam 2.30 pagi tadi.

Menurutnya, dalam serbuan itu, polis merampas empat kenderaan iaitu Toyota Vellfire, Toyota Camry, Honda Civic dan motosikal Yamaha LC135, satu kalungan bunga serta sejambak bunga digubah berbentuk lambang 36.

Katanya, semakan juga mendapati seorang suspek mempunyai rekod jenayah lampau manakala empat lagi tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

"Hasil siasatan mendapati perarakan pengebumian itu membabitkan seorang lelaki berusia 28 tahun yang meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya pada jam 7 pagi, 14 Mac lalu.

"Suspek dan si mati adalah rakan sejak kecil dan si mati pernah memberi pesanan supaya membakar mercun jika dia meninggal dunia," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966, Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957, Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak terbabit aktiviti melanggar sistem perundangan negara dan menyertai sebarang pertubuhan tidak diiktiraf.




Sumber : Harian Metro
Video: Media sosial

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tikusmontok 18-3-2021 09:26 AM
ehh vavinya..nak berarak pun p la estet mana2 yg selayaknya..
Quote dudaberhias 18-3-2021 09:29 AM
tak pupus2 lagi kumpulan gangster pari pari ni...
haritu nak bakar bos deorang kat kuil pun sampai jem jalan sebab deorang ni...

sian makcik2 meniaga tepi jalan kena tutup gerai... takut la kot...
iols tengok pun takut... ramai betul...
Quote jalfa 18-3-2021 09:30 AM
Halah halah jgn la dabel stended....hari tu dok pom pom bakaq mercun halau hantu x dak pon kena caj apa apa
Quote dudaberhias 18-3-2021 09:31 AM
tikusmontok replied at 18-3-2021 09:26 AM
ehh vavinya..nak berarak pun p la estet mana2 yg selayaknya..

estet pun tak layak kaka...
elok pupus je terus... time berarak tu patutnya sape2 ledakkan je bom kat situ...
sebab yang join ni semua sampah masyarakat je pun... takde yang elok pun untuk di simpan...

pari pari baik educated ke apa semua takdenya nak join kumpulan2 sampah ni theyols selalu sibuk kat kedai susun2 barang atau kat hospital rawat patient...
Quote Kurex 18-3-2021 09:32 AM
Ni kalau balik semupa ke negara leluhur, pasti jadi kasta paling bawah
Quote kucingitam 18-3-2021 09:49 AM
hidup mati menyusahkan..
Quote Raman 18-3-2021 11:50 AM
Rasa macam nampak semalam tapi dekat MRR2
Quote rajamoney 18-3-2021 12:09 PM
mesti kuat bau bawang merah

Quote I.K.A888990 18-3-2021 06:50 PM
sampai mati pun masih bermaharajalela
Quote Ciktiekus 18-3-2021 07:45 PM
jalfa: Halah halah jgn la dabel stended....hari tu dok pom pom bakaq mercun halau hantu x dak pon kena caj apa apa


Bethol..depan umah aku dibakarnye..kwsn umah dh byk tokong pun nak jugak sebelah rumah aku pn dibuat tokong..rumah teres plak tu..pastu semak ramai2 parking block pagar aku..buat report 4tahun xsetel2..bila yg berwajip dtg tetiber ghaib org2 sebelah..kalau x elok je ade main mahjong 24 jam sembang..

Quote Manjahati 18-3-2021 08:54 PM
Jangan kasi muka kat samseng2 n gengster ni semua

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.061052 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top