Terdapat pelbagai jenis herba yang boleh anda tanam di kebun dapur seperti herba tradisional Malaysia sehinggalah pilihan popular masa kini untuk hidangan kegemaran. Teringat saja hendak masak gulai kari, petik saja daun kari yang melambai-lambai di luar rumah. Tak perlu susah-susah pergi kedai hanya untuk mendapatkan segenggam herba yang diperlukan memandangkan kebanyakan jualan sudah diikat siap dengan jumlah dan harga yang ditentukan. Tahukah anda bahawa terdapat tanaman yang mampu membersihkan udara untuk memberikan persekitaran yang lebih sihat? Di bawah kami sertakan beberapa pilihan herba yang sesuai ditanam di persekitaran luar mahupun di dalam rumah anda:
1) Daun kari Pokok kari boleh ditanam dari keratan atau biji benih dalam pasu sahaja. Berikut adalah tutorial yang boleh anda ikuti untuk menuai pokok kari anda sendiri pada bila-bila masa saja! 2) Rosemary Herba ini berasal dari wilayah Mediterranean dan paling sesuai digunakan untuk menu berasaskan daging kambing, dan juga dalam resepi kentang yang enak. Cara menanam rosemary cukup senang. Apa yang paling penting pokok rosemary perlu diletakkan di tempat panas dan mendapat air secukupnya. Jom tengok video cara tanam rosemary supaya hidup subur dan membiak. 3) Serai Serai antara bahan ramuan penting melazatkan masakan. Masakan kalau terkurang serai, kuranglah ummphnya. Nak tanam serai tak perlu ruang tanah yang luas pun. Jom tengok cara nak tanam serai pula. 4) Pudina Daun pudina, enak dibuat air atau sebagai perasa tambahan untuk pelbagai hidangan. Ianya juga bagus sebagai tanaman di dalam rumah, kerana memerlukan hanya sedikit cahaya matahari dan siraman yang sekata untuk melihatnya membesar. 5) Ketumbar Senarai tanaman herba di Malaysia tak akan lengkap tanpa ketumbar. Tahukah anda yang ketumbar dilaporkan antara tanaman herba tertua digunakan dalam hidangan? Kami kongsikan di sini cara menanam pokok ketumbar menggunakan biji ketumbar timbang kilo dari pasaraya je. 6) Selasih Thai Nama pokok selasih ada juga yang nemanggilnya sebagai Holy basil, Sweet basil dan juga dipanggil sebagai Thulasi. Penanaman selasih amat mudah dilakukan sendiri di rumah dan juga dikebun asalkan kita mempunyai benih, kawasan sesuai dan juga ilmu pengetahuan yang mencukupi. Video di bawah ni menunjukkan cara bagaimana untuk anda menyemai pokok selasih Thai anda sendiri, dengan keratan batang yang boleh dibeli di kedai. 7) Cili Kepedasan yang digilai. Alang-alang dah menanam, bagi'kick' sikit kebun dapur anda dengan cili! Tanam cili satu pokok pun cukup, buahnya memang lebat. Ini
caranya. InsyaAllah, telaahlah banyak perkongsian ilmu pak cik gugel melalui laman yang sahih dan boleh dipercayai tentang cara menanam herba-herba ini. Pastinya hasilnya akan memudahkan kerja memasak anda! - CARI |
sehirkedi replied at 19-3-2021 11:29 AM
Bestnyaa.. Dah berapa kali cuba tanam ketumbar dari keratan akar tapi tak berjaya. Pokok ketumbar un ...
fido_dido replied at 19-3-2021 12:24 PM
xpernah menjadi bila tanam pokok..asyik mati je
fido_dido replied at 19-3-2021 12:23 PM
benih rosemary beli kt mana ye? online ke? nak try la
fido_dido replied at 19-3-2021 12:24 PM
xpernah menjadi bila tanam pokok..asyik mati je
tinta_merah replied at 19-3-2021 05:00 PM
Tanam bayam brazil mudah hidup..
sehirkedi replied at 19-3-2021 08:13 PM
Tak pernah pula tanam pakai biji benih. Tanam pakai keratan batang adalah. Senang je tumbuh. Pokok ...
fido_dido replied at 19-3-2021 12:24 PM
xpernah menjadi bila tanam pokok..asyik mati je
fido_dido replied at 19-3-2021 08:15 PM
dia tanam gitu je ke? ke kena jenis2 tanah lain ke?
fido_dido replied at 19-3-2021 08:15 PM
dia tanam gitu je ke? ke kena jenis2 tanah lain ke?
tinta_merah replied at 19-3-2021 08:54 PM
Kalau ade keratan batangnya sis cucuk2 je dalam pasu letak tanah hitam berbaja tu..
ADVERTISEMENT