Menerusi segmen Suria Petang di radio Suria FM, penyanyi Dayang Nurfaizah ada berkongsi cerita mengenangkan dia pernah diejek ‘suara itik’ ketika menyanyi pada zaman kanak-kanaknya.
Akui sedih atas apa yang berlaku, penyanyi kelahiran Kuching ini turut menyifatkan dirinya sebagai seorang pendiam sebelum bergelar penyanyi. “Sebenarnya pendiam sangat-sangat memang tak nak bercakap, pemalu sebab dulu masa Dayang kecil-kecil suara Dayang macam serak-serak macam tu… “Jadi orang tua-tua dulu suka cakap kat Dayang ni macam suara itik bercakap. Bila kenang balik Dayang rasa sedih sangat sampai rasa tak nak bercakap jadi kita punya keyakinan dalam diri tu tak ada.
“Masa kecil-kecil dulu memang suka menyanyi tapi tak tahu yang Dayang ni pandai menyanyi ke tak dulu. Tapi saya memang suka menyanyi,” katanya dalam seloroh.
|
evataso replied at 18-3-2021 11:02 AM
Tak pernah tak sedap kalau dayang nyahyi
WIFEY_KETIAK replied at 18-3-2021 11:03 AM
kan.,...... celah mana itik dia kan?
evataso replied at 18-3-2021 11:05 AM
Now makin cantik. Btw betul ke dgn hael?
sunnylicious replied at 18-3-2021 11:19 AM
meols tak restu
ADVERTISEMENT