CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Mainan Kanak-kanak Sekarang Canggih, Silap Hari Bulan Ibu Bapa Yang Berebut!

21-3-2021 01:29 PM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 6908| Komen: 30|Original author: Oleh: rikuren


Dengan perkembangan teknologi yang pesat membangun, tidak dinafikan lagi bahawa mainan kanak-kanak hari ini lebih maju berbanding kanak-kanak zaman dulu.

Dulu, kanak-kanak hanya bermain permainan buatan sendiri seperti permainan tradisional sebelum munculnya kilang yang menghasilkan pelbagai produk permainan.

Walau bagaimanapun, kebanyakkan permainan ini menerapkan unsur dan nilai edutainment dalam permainan seperti dalam video ini. 




Kredit Foto - Twitter

Perkongsian video ini membuat ramai netizen terutama golongan dewasa teruja. Mana tidaknya, kesemua mainan ini kelihatan canggih dan menarik betul!


Kredit Foto - Twitter

Melihat pada komen-komen ini, mungkin objektif permainan berkenaan bakal dapat dicapai kerana konsep permainan ini dihasilkan bagi memberi masa dan ruang kepada anak-anak bermain bersama ibu bapa pada hujung minggu. 

Bermain dan berinteraksi dengan anak adalah asas pembelajaran komunikasi paling berkesan. Oleh itu, jadilah ibu bapa bijak dan pilihlah mainan yang betul-betul memberi impak maksima kepada perkembangan si kecil. 

Jangan sampai berebut pula ya nanti. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tepisket.. 21-3-2021 01:41 PM
Meols tak minat nak belikan mainan anak kat kedai mahal atau yang jenis set besar2. Suka belikan dia toys y jual kat shopee je. Tapi bajet biasa. Sbb lebih suka spend duit bagi dia buku dgn alat bantuan untuk dia belajar diri, duduk and berjalan. Maybe sbb dia baru 6 mths. But still x opted nak bagi dia set big toys. Takat menyepahkan. Nanti boleh la masuk anak sepah apa hari ni. Lol!
Quote sarah82 21-3-2021 01:52 PM
Hahahaha.. Aku dok aim nak beli telescop hadiah utk aisha dan amna cicit arwah tok Sharifah.. Berkenan aku... Hahaha
Quote Adrif 21-3-2021 02:13 PM
anak buah saya, mainan dia satu bakul.

tapi masuk bilik, hanger jugak yang dicari. umo dekat 2 tahun dah
Quote Skydiva 21-3-2021 02:33 PM
Belikan anak buah iols mainan, tahan 2-3 jam je, pastu die boring dah.. Mainan berbakul2 tp semua tak cukuo sifat. Malas nak beli mainan bes2 dah. Nnt dh besar n masuk skolah, dh pandai jaga mainan baru belikan yg bes2.
Quote Tinot7 21-3-2021 02:46 PM
Masa iols kecik2, mak iols belikan mainan she-ra dan kengkawan. Tapi dia pun join sekali main. Masa dia kecik2, takde mainan ni katanya. So tak heran la kalau ada mak ayah join sekali main. Bkn benda baru.
Quote xxtaufanxx 21-3-2021 03:42 PM
beli ps5 je.. suami boleh share dengan anak..tak perlu berebut
Quote chinta89 21-3-2021 04:12 PM
mmg geram nengoknyaaaaaaaaaaaa
Quote Cieejiee 21-3-2021 04:48 PM
Bertuah lah kanak2 zaman nie
Quote siputpepel 21-3-2021 05:39 PM
seronoknya
dulu kecik2 tak mampu nak beli mainan
bila dah ada anak ni la nak berebut mainan anak2
Quote Nana_Man 21-3-2021 06:23 PM
Anak2 aku ada bnyk Lego sets (original bukan yg tiruan murah2 tu). Tapi yg dorang main slalu blocks2 yg murah2 tu je. Lego sets tu bila baru beli, dorang excited. Lepas bina, main brape ari, trus lupa.
Quote dua_chzy 21-3-2021 06:24 PM
Tu sebab aiol suka beli patung2 comel2 untuk anak2.
Quote dua_chzy 21-3-2021 06:27 PM
Adrif: anak buah saya, mainan dia satu bakul.tapi masuk bilik, hanger jugak yang dicari. umo dekat 2 tahun dah


Hahaha. Aiol pernah baca somewhere (pendapat kokesen) yang kata bebudak ni kreatif. Tak guna habiskan duit beli mainan untuk deol. Ko bagi deol cartoon box saja pun bermacam mainan deol boleh cipta/imagine. Ai think betul juga bila nampak anak2 aiol - chopstick pun boleh jadik magic wand, penyapu jadik witch broom, kakaka.
Quote Chimicuri 22-3-2021 12:15 AM
Mana nak dpt toys kat atas tu ye?
Quote Kurex 22-3-2021 05:14 AM
sarah82 replied at 21-3-2021 01:52 PM
Hahahaha.. Aku dok aim nak beli telescop hadiah utk aisha dan amna cicit arwah tok Sharifah.. Berken ...

Telescope kalau yg 100+ lebih boleh ke tengok bintang & bulan?
Quote mijot 22-3-2021 05:24 AM
masa zaman kita kecik2 takde mainan mcm tu..
yg ada permainan lasak mcm galah adang, tenteng, rounders...
tu bila ada anak, kita pun sibuk main skali...sbb zaman anak kita jer ada menan jenis ni..
Quote sarah82 22-3-2021 07:08 AM
Kurex replied at 22-3-2021 05:14 AM
Telescope kalau yg 100+ lebih boleh ke tengok bintang & bulan?

Bukan.. Hahaha.. Yg ni dlm 30+...boleh la bg 2 mek tu minat sains.. Ada juga aku dok tgk microscope mainan yg siap dgn buku lagi.. Aku ingat nak beli juga.. Hahahaha.. Dah aku x ada anak menakan.. Tumpang kasih syg anak org la.. Muahahahahaha.
Quote Kurex 22-3-2021 09:06 AM
sarah82 replied at 22-3-2021 07:08 AM
Bukan.. Hahaha.. Yg ni dlm 30+...boleh la bg 2 mek tu minat sains.. Ada juga aku dok tgk microscop ...

Ala.. aku nak cari yg betul2 punya telescope
Quote meah_kelabu 22-3-2021 10:15 AM
mane nk cari simulator driver tu. mmg dh lame mengagau carik sbb anak iols tataulah kenapa impian dia menggunung. xsabar nk besar sbb nk drive kete
pitam mak dia
Quote seri_mawr 22-3-2021 11:31 AM
sunflower pottery machine and railcar toys....mcm iols pulak yang terbekenan...ahahaa

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.165218 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top