CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Resepi Laksa Tumis Kaw, Pekat Melikat Semudah ABC

22-3-2021 12:29 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 6273| Komen: 24|Original author: Oleh: natrahn


Anda pernah cuba laksa tumis? Selalunya kuah laksa adalah versi rebus. Berbeza dengan laksa tumis berkuah pekat ini yang menjadi antara resepi wajib dicuba. 


Bahan-bahannya:-
  • 6 ekor ikan sardin

Bahan A
  • 3 biji bawang besar 
  • Belacan 1 inci
  • Cili kering

Bahan B
  • Bawang untuk tumis
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • 2 keping asam keping
  • Garam/serbuk perasa secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Laksa 


Cara  memasaknya

1. Rendam laksa dan rebus sehingga lembut.



2.Bersihkan ikan dan rebus bersama asam keping selama 10 minit.



3. Asingkan isi ikan dan tulang. Kisarkan berasingan.


4.Campurkan kesemuanya dan air secukupnya, masak sehingga mendidih. 



4. Rebus cili kering dan kisar bersama bawang dan belacan.


5. Masukkan bawang dan bahan kisar tadi. Tumis sehingga pecah minyak.






6. Tuangkan bahan tumis  ke dalam kuah isi ikan tadi.



7. Masukkan  garam/serbuk perasa secukup rasa.



Siap untuk dihidangkan. Laksa boleh dihidangkan bersama ulam-ulaman seperti salad, hirisan bawang, cili padi, timun, limau kasturi dan nanas dan telur rebus.


Kredit : Puan Ida Idzan via Facebook Masak Apa Hari Ini


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 22-3-2021 01:15 PM
Lama dah aku buat laksa tumis ni. ..
Quote makita 22-3-2021 01:34 PM
sarah82 replied at 22-3-2021 01:15 PM
Lama dah aku buat laksa tumis ni. ..

Sedap ke Sarah laksa tumis?
Quote sarah82 22-3-2021 01:55 PM
makita replied at 22-3-2021 01:34 PM
Sedap ke Sarah laksa tumis?

Sedap.. Tapi kena pastikan cabai tu masak betul.. Resepi asal iols ambik dari fb juga.. Ada seorg makcik kat Kuala Kedah dia buat laksa tumis dan mmg laku keras.. Anak makcik tu share resepi.
Quote Tinot7 22-3-2021 02:08 PM
Mcm senang je nak buat
Quote CiliPadiSedap 22-3-2021 02:11 PM
macam sedap je nak makan
Quote adawiyah_hakim 22-3-2021 03:01 PM
sedapnya... terliur
Quote Analisaxx 22-3-2021 03:18 PM
Tak pernah try lagi ni versi tumis... weekend free2 bolehlah masak
Quote fido_dido 22-3-2021 09:31 PM
rasa apa laksa tumis ni eh? sedap x? macam laksa penang ke? bnyak pulak soalan aku
Quote AyaqMeloSuam 23-3-2021 08:50 AM
Kmi slalu tumis trus dlm piuk.. pastu bru masuk benda2 lain
Quote siputpepel 24-3-2021 11:43 AM
Eh tak pernah dengar pulak laksa tumis. Rasa dia macam makan laksa biasa je ke cemana ?
Quote bunga_durian9 28-3-2021 09:30 AM
Selama ni mkn laksa yg rebus je.. boleh cuba buat yg mcm ni pulak..
Quote bobotbot 29-3-2021 05:42 PM
Favourite..tauu makan je..masak xpandai
Quote Littlerara 30-3-2021 12:59 AM
Menarik dah boleh mula kumpul resepi untuk bulan puasa nanti
Quote mintzest27 3-4-2021 03:22 PM
Terliur tengok.. Selalu makan yg rebus teruih ja.. Tq tt share resepi
Quote kuchibambam 6-4-2021 02:06 AM
Nak cubalah..nampak pekat molek kuah die
Quote Lengkong 11-4-2021 05:21 PM
Nampak sedap


Quote MissVixen 12-4-2021 04:41 PM
sarah82 replied at 22-3-2021 01:55 PM
Sedap.. Tapi kena pastikan cabai tu masak betul.. Resepi asal iols ambik dari fb juga.. Ada seorg  ...

Laksa tumis ni rasa ala2 laksa johor ke?
Quote sarah82 12-4-2021 04:47 PM
MissVixen replied at 12-4-2021 04:41 PM
Laksa tumis ni rasa ala2 laksa johor ke?

Laksa Johor kena bahan2 byk kan?  Yg ni bahan sama mcm buat laksa kedah biasa.. Cuma tumis saja... Lagi wangi.
Quote MissVixen 12-4-2021 04:48 PM
sarah82 replied at 12-4-2021 04:47 PM
Laksa Johor kena bahan2 byk kan?  Yg ni bahan sama mcm buat laksa kedah biasa.. Cuma tumis saja... ...

Tak tahu juga. Selalu makan je. Tengok warna kuah macam sama. Hehe.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.082901 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top