Sepanjang hidupnya, penyanyi Indonesia, Ayu Ting Ting mengakui dia baharu pertama kali mencuba makan tempe goreng tepung. Ayu atau nama sebenarnya, Ayu Rosmalina, 29, menyatakan dia sudah ketagih dengan masakan tempe goreng tepung masakan bapanya malah boleh makan lauk itu sahaja pada setiap hari.
"Baru pertama kali saya makan tempe, tak sangka sedap sangat. "Tempe ini digoreng oleh ayah saya, saya sampai jadi ketagih nak makan tempe sekarang," katanya di laman Instagram. Menurut pelantun lagu Sambalado itu, dia tidak pasti mahu mencuba tempe masakan orang lain selain ayahnya selepas ini.
"Makan macam ini sahaja pun dah enak. Tak tahulah kalau saya boleh dapat tempe sesedap masakan ayah saya ini di luar sana," katanya. -CARI Sumber: mStar/Liputan6
|
ADVERTISEMENT