CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Putera Amaris Kurangkan Berlakon Demi Fokus Buat Kerja Amal

22-3-2021 10:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2523| Komen: 12

Menjelang ketibaan bulan Ramadan, pelakon Putra Amaris berhajat menghulurkan bantuan kepada 500 buah rumah kekuarga asnaf dan 200 anak yatim serta tahfiz.

Sasaran terbabit diputuskan selepas membuat perbincangan bersama komuniti infaq terbabit dengan menyasarkan di kawasan Lembah Klang terlebih dahulu.

Namun sekiranya bantuan yang diterima daripada orang awam melebihi sasaran, Amaris bercadang menyumbang kepada petugas barisan hadapan.


Foto: IG

"Sebelum ini saya ada terbabit dalam beberapa program amal dan mendapat tahu kos penyelenggaran rumah asnaf, anak-anak yatim dan tahfiz ini agak tinggi.

"Jadi, saya rasa mereka ini lebih memerlukan bantuan keperluan harian berbanding kita yang sudah mampu.


"Tidak lupa juga pada musim pandemik ini, kami turut berhajat membantu petugas barisan hadapan jika sumbangan yang diperoleh melebihi sasaran kami," katanya.



Program yang bermula pada 10 April depan, membolehkan orang ramai memberi infaq dalam bentuk wang ringgit ataupun barangan keperluan harian dan boleh hubungi secara terus di talian menerusi Instagram Putra Amaris.

Tambah pelakon berusia 35 tahun itu, menerusi program infaq Ramadan #samasamakenyang, dia turut bekerjasama dengan personaliti televisyen, Maria Tunku Sabri, Marcus Osmand serta isterinya, Nur Syazwani Alias.



"Antara sebab yang menjentik hati untuk membuat program ini apabila terfikir saya mampu makan sedap-sedap, tapi bagaimana pula dengan mereka yang tak ada kerja di luar sana, apa yang mereka makan?

"Lalu saya bercakap dengan isteri untuk membuat satu program yang boleh kita sama-sama kongsi rezeki. Biarpun bisnes yang saya uruskan dalam skala kecil, tapi saya nak bantu ikut kemampuan siapa sahaja yang datang berjumpa.

"Selain itu, kadang-kadang bila membuat sesuatu pekerjaan seperti ada yang tak berjalan dengan lancar, terfikir juga apa yang tak kena dan mungkinkah pada solat saya?

"Begitu pun, kalau saya dan isteri sahaja mungkin tidak mampu untuk melakukan infaq ini, jadi kami ajak rakan-rakan yang selalu bersama-sama dalam aktiviti amal sebelum ini," katanya.



Menjadikan Ustaz Ebit Lew sebagai idolanya, Amaris berharap inisiatif murni ini dapat meringan beban insan-insan yang memerlukan.

"Pihak kami tiada sasaran yang ingin diletakkan sebaliknya, kami hanya bergantung berapa jumlah sumbangan yang mampu terkumpul dan diberikan kepada mereka yang memerlukan.

"Namun jika banyak syarikat swasta atau ahli perniagaan yang sudi menghulurkan sumbangan dalam bentuk pakej yang disediakan, kami percaya dapat membantu lebih ramai orang lagi.

"Malah menerusi pakej yang ditawarkan, ahli perniagaan atau syarikat yang menyumbang turut peroleh beberapa manfaat terhadap perniagaan yang mereka jalankan," katanya.

Menyentuh mengenai kerjaya lakonan, Amaris berkata dia mungkin akan memperlahankan kerjaya seni demi menguruskan program murni ini.



"Tidak dinafikan ketika peringkat awal untuk melakukan projek ini , tiba-tiba saya didatangi tawaran yang cukup lumayan, tapi saya anggap ia mungkin dugaan yang Tuhan berikan.

"Allah mahu menguji, adakah saya akan mengejar kemewahan atau terus fokus melakukan kebaikan ini?. Jadi, saya lepaskan peluang besar itu demi nak pastikan sasaran bantuan ini dapat dicapai," katanya.

Dalam perkembangan lain aktiviti seni lakonannya, pelakon itu memaklumkan dia bakal menjalani penggambaran drama bersiri di saluran Islamik, Salam HD terbitan A Aida Production. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SayaSayangMama 22-3-2021 11:46 AM
Jadi NGO je la sbb jadi artis sampai dua kali tukar nama pun org still tak kenal.
Quote laksmanabentan 22-3-2021 12:06 PM
SayaSayangMama replied at 22-3-2021 11:46 AM
Jadi NGO je la sbb jadi artis sampai dua kali tukar nama pun org still tak kenal.

ishhh... takkan tak kenal uolsss...dia ni kaya raya sangat tau...

kalau pergi ke tanah seberang tu, melambak hotel2 dia tau...
Hotel Amaris... dia punya kan hotel2 tu...
hihihi...

Quote tagas 22-3-2021 12:09 PM
Berangan la ko meran
Quote user.name 22-3-2021 12:13 PM
whoareyouss?
Quote user.name 22-3-2021 12:14 PM
ko banyak berlakon ke kurang berlakon ke pon tetap sendu jahh?
Quote AKAZ85 22-3-2021 12:19 PM
Sape dia ni?
Quote AshkieLa 22-3-2021 12:56 PM
macamana banyak berlakon still tak kenal?
lepas ni bila kurangkan.. lagi laa frozen habis...
ke sebab nak sedapkan cerita je kata banyak dan kurang tu...
padahal sebenarnya kurang dan jadi tak ada ayat yg lebih tepat?
Quote mieymiey 22-3-2021 12:57 PM
Benda baik kita puji la kan?

Tapi memang ko kurang berlakon pun sebelum ni, bukan pasal nak tumpu pada kerja amal. Dah ko memang sendu pun.

Sekian.
Quote Kurex 22-3-2021 12:58 PM
Jangan kau madukan isteri dgn lelaki ye meran
Quote ciknaktau 22-3-2021 03:07 PM

dia berlakun  dok celah2 ketiak hero heroin jer...
Quote kiah_mai_pulak 22-3-2021 03:39 PM
putera abah kau lahhhhhh
Quote amyfaha 22-3-2021 03:42 PM
Bila pula si khinzir hutan ni ade job?buat video mcm org raikan dia. Padahal sendiri yg menegur org sekeliling,sendiri hulur tgn minta salam..

Maaf mak teroverrr sbb memang geli dgn dia ni.tak sedar diri.jual kuih cenonet cam biji cempedak tapi poster sebesar alam barzar..berangan artis.

done lepaskan geram

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.059492 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top