Pelakon, Amyra Rosli menjadikan rakan seperjuangannya, Mira Filzah sebagai contoh dan inspirasi dari perspektif pelakon yang bertudung. Menurut isteri kepada pelakon Amar Baharin itu, Mira menjadi contoh terbaik bagi pelakon bertudung, namun rezekinya tidak pernah berhenti walaupun ada yang menganggap tudung akan menjadi penghalang dalam kepelbagaian watak.
"Saya memandang tinggi Mira Filzah sebagai contoh untuk pelakon yang bertudung. Peminat sukakan seseorang artis itu kerana diri artis berkenaan dan bukan penampilannya. "Walaupun Mira bertudung, kita dapat lihat macam-macam rezeki dan anugerah yang dia dapat. Jadi, rezeki Allah itu sentiasa ada kalau kita mengikut jalan-Nya," katanya kepada Harian Metro.
Amyra, 30, yang kini sibuk menjalani penggambaran drama bersiri Sabarlah Duhai Hati, turut bersyukur kerana dua gandingannya dalam drama itu iaitu Saharul Ridzwan dan Izzue Islam sentiasa menjaga batasan mereka.
|
Kurex replied at 22-3-2021 04:51 PM
Bukan tudung yg halang kepelbagaian watak tapi bakat kalau tara tu je macam mira basic muka sembam b ...
missHaidiD replied at 22-3-2021 07:40 PM
Cntik betul amyra ni kan. Dlm isteri tuan ihsan paling cntik. Cm remaja yg hepi go lucky je. Come ...
pxlbb replied at 22-3-2021 05:38 PM
ntah la aku tak reti nak komen tapi kalau nak tengok tv, tak kisah la ko berkemban ke tudung lilit a ...
Kurex replied at 22-3-2021 04:51 PM
Bukan tudung yg halang kepelbagaian watak tapi bakat kalau tara tu je macam mira basic muka sembam b ...
JalaEmas replied at 22-3-2021 07:57 PM
tahnye.. scene tido dgn bulu mata pelesu, liptik menyala, kening bercelak..
ADVERTISEMENT