CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Suruh Rakan Langgar Isteri Dengan Trak

22-3-2021 03:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2217| Komen: 7

Wanita maut selepas suaminya menyuruh rakannya melanggar mangsa menggunakan trak.

Kompas melaporkan, kejadian berlaku di Korong Ujung Guguak, Kecamatan Lubuk Alung, Sumbar pada Isnin lalu.



Trak yang dirampas polis pada Jumaat
Kredit foto: Polis Daerah Alung

Dalam kejadian, suami mangsa berusia 40 tahun menyuruh rakannya berusia 30 tahun untuk melanggar wanita berusia 38 tahun itu sehingga maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Lubuk, Begalung Harmon berkata, kejadian dipercayai berlaku selepas mangsa bertengkar dengan suaminya.

Lelaki itu kemudian menghubungi rakannya untuk menumpang trak berkenaan pulang ke rumah.

Difahamkan, setibanya di rumah isterinya tidak kelihatan. Namun, sebaik isterinya pulang mereka bertengkar lagi selepas lelaki itu mengambil telefon bimbit wanita terbabit.

Kemudian, suspek keluar dari rumah bersama rakannya dengan trak berkenaan sebelum dikejar mangsa yang menaiki motosikal.


Kata Harmon, ketika itu sempat berlaku adegan tarik-menarik antara suspek dan isterinya sebelum lelaki itu menyuruh rakannya melajukan kenderaan.

Ketika itulah mangsa terjatuh dan digelek trak berkenaan.

Menurut laporan, suspek turun dari trak berkenaan untuk melihat keadaan isterinya sebelum melarikan diri dengan rakannya, meniggalkan mayat mangsa hingga ditemui penduduk setempat.

Tambah Harmon, pemandu lori itu berjaya ditahan pada Jumaat manakala suspek masih dalam buruan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cocoais 22-3-2021 04:13 PM
Murahnya nyawa sekarang..sana sini bunuh
Quote jazaa100 22-3-2021 05:49 PM
masa nk kwin dulu, bkn main lg.....
bila dah tak suka, sanggup kau bunuh.....
Quote rajamoney 22-3-2021 09:52 PM
kampung forumer slavehunter

jaga2 ngn dia ni

dia suka memburu sapa2 yg sudi jd slave dia

kemain lg 50 shades of grey minah ni

Quote binisupir 23-3-2021 12:50 AM
gila ... macam2 hal ...
Quote untoldname 23-3-2021 01:57 AM
Sampai hari bunuh isteri sendiri....
Quote Mamidingdong 23-3-2021 02:03 AM
Masa nakkan badan dia kemain pujuk rayu sampai bulan bintang bagai, dah lunyai bini tu suruh org lain pulak lenyek bini. Harapnya laki dia mati bkecai kena tembak
Quote me12345 24-3-2021 07:49 AM
Camni pun ada....

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.055393 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top