Apa masalahnya hubungan cinta dan status pertunangan pelakon Intan Najuwa? Sekejap okey, tiba-tiba dikatakan putus pula. Lebih panas, gosip bertebaran mengatakan Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid kini menjalin hubungan dengan aktor Zul Ariffin.
Namun, bagai mengesahkan khabar angin yang berlaku, Intan dalam satu status di Instastory miliknya pada Isnin mengesahkan dia bukan lagi tunangan ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli. Dia mendedahkan perkara itu ketika berkongsi soalan netizen menerusi 'Ask Me Question' yang mendedahkan hubungan itu sudah berakhir. Intan kemudian membalas dia dan bekas tunangnya sudah bahagia serta gembira menjalani kehidupan masing-masing seperti yang pernah diberitahu sebelum ini. Dah lama buat hal masing-masing dan gembira dengan kehidupan sendiri, katanya yang berharap selepas ini tiada ini lagi soalan seumpama itu.
Pada Februari 2020, pelakon berusia 24 tahun itu dilaporkan mengambil keputusan untuk berpisah dengan Razrul. Bagaimanapun, beberapa bulan kemudian iaitu sekitar Jun 2020, status mereka menjadi tanda tanya semula apabila Intan berkongsi foto yang memperlihatkan separuh badan seorang lelaki dipercayai ahli perniagaan tersebut. Intan kemudian tampil mengakui lelaki dalam foto tersebut adalah Razrul dan memberitahu hubungan mereka masih baik biarpun sudah berpisah. Pada Isnin, mStar turut menerima mesej yang mendakwa aktres kelahiran Johor Bahru itu meninggalkan bekas tunangnya disebabkan orang ketiga aktor Zul Ariffin. Namun, usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan dan komen daripada Razrul gagal apabila ahli perniagaan itu tidak menjawab mesej yang dihantar. Intan dan Razrul mengikat tali pertunangan pada 18 Ogos 2018 di Hotel Thistle, Johor Bahru sempena ulang tahun kelahiran aktres itu yang ke-22. Sumber: mStar
|
belilies replied at 22-3-2021 04:32 PM
Low taste betul lah peti ais kalo ngan sheols ni. Dahle katek, comot pulak tu. Bukan aritu heols dig ...
3chanceno replied at 22-3-2021 04:49 PM
Nie gosip recycle ke apa???
cikkuntum replied at 22-3-2021 04:52 PM
rukemutz pon boleh ke noksssss...
ADVERTISEMENT