CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Petugas ambulans, anggota polis dilanggar pemandu mabuk

22-3-2021 04:36 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2189| Komen: 10




Ampang Jaya: Petugas ambulans dan anggota polis cedera akibat dilanggar ketika memberikan bantuan kecemasan dan mengawal lalu-lintas susulan satu kemalangan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di sini, semalam.

Dalam kejadian 12.40 tengah malam itu, kedua-dua petugas terbabit sedang memberikan bantuan kepada mangsa kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohammed Farouk Eshak berkata, semasa anggota polis mengawal lalu-lintas, sebuah Mercedes Benz bergesel dengan sebuah Proton Saga menyebabkan pemandunya hilang kawalan dan melanggar kereta peronda polis.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku di lorong paling kanan dari arah Ampang menghala ke Gombak.


"Ketika kejadian, kereta peronda polis berada di lorong kanan kerana sedang memberikan bantuan kecemasan kepada penunggang motosikal yang kemalangan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, akibat pelanggaran itu, kereta peronda polis itu menggelongsor ke hadapan dan melanggar ambulans dan sebuah motosikal anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang Jaya.

"Kemalangan itu menyebabkan seorang anggota BSPT, seorang petugas ambulans serta seorang penunggang motosikal cedera dan mereka dikejarkan ke Hospital Ampang bagi menerima rawatan.

"Ujian alkohol ke atas pemandu Mercedes mendapati ia melebihi paras dibenarkan, namun ujian saringan air kencing mendapati negatif penggunaan dadah," katanya.

Katanya, susulan itu pemandu berusia 48 tahun ditahan dan direman tiga hari untuk siasatan mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Polis turut memohon saksi bebas yang melihat kejadian untuk tampil membantu siasatan dan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang Jaya, Inspektor Nurul Faizah Ismail di talian 019-2863481," katanya.


Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mejaputih 22-3-2021 04:47 PM
same old, same old...selagi tak kena kat anak VIP, selagi tu pemandu mabuk bermaharajalela...
Quote rajamoney 22-3-2021 04:50 PM
bangsa etis dan arak berpisah tiada

arak baik utk kesihatan katanya

ish ish ish
Quote Kurex 22-3-2021 04:56 PM
Seret je pemabok ninatas jalan raya yg berlobang2
Quote salmon-suki 22-3-2021 05:30 PM
So,japgi akan terlepas jugak ke atas alasan oku?rasanya kalau ada kes menteri kena lenyek ngn pemandu mabuk baru laa undang2 akan diubah kan?so aiolzs doakan benda ni akan jadi supaya bkn senang geng2 mabuk bodoh takde otak ni terlepas lps langgar org smpai mati!
Quote orkid_amani 22-3-2021 06:48 PM
alaaa..biasa ja kes pemandu mabuk langgar org. ada mangsa yg meninggal..pemandu mabuk lepas ja. macam xbiasa pulak kes pemandu mabuk langgaq org. kat penang boleh kata tiap tiap bulan ada kes pemandu mabuk..mabuk pakej wrongway lagi..lepas ja. dont worry la driver merc tu..this is Malaysia la. undang undang semua kasi setel bila ada kad o.k.u
Quote songhara1226 22-3-2021 07:02 PM
salmon-suki replied at 22-3-2021 05:30 PM
So,japgi akan terlepas jugak ke atas alasan oku?rasanya kalau ada kes menteri kena lenyek ngn pemand ...

Iolls x paham lah, kenapa pemegang kad OKU akan dilepaskan?

Diorang melanggar mangsa disebabkan MABUK kan, bukannya disebabkan kekurangan OKU tu yg menyebabkan kemalangan kan?

Kalau memang sebab OKU tu yg menyebabkan accident, kenapa kerajaan x banned OKU dri memandu je?
Quote salmon-suki 22-3-2021 08:45 PM
songhara1226 replied at 22-3-2021 07:02 PM
Iolls x paham lah, kenapa pemegang kad OKU akan dilepaskan?

Diorang melanggar mangsa disebabka ...

Oku masalah mental .xleh nak fikir .tgk kejadian langgar n bawak lawan arus,keluarkn je kad oku,terus lepas..bodoh y amat
Quote fido_dido 22-3-2021 11:50 PM
lepastu tangkap lepastu bgtau OKU..dah..lepas
Quote binisupir 23-3-2021 12:50 AM
mabuk mabuk tah bile nak settle isu ni. dah langgar polis kita tengoj apa tindakan dia .. terlepas atau tak
Quote pyropura 23-3-2021 01:57 AM
Aritu kata bila DAPig lingkup je isu dreba mabuk setel.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.057467 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top