CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kadangkala Sampai Terlupa, Ini Tempat Pelik Orang Suka Simpan Duit

23-3-2021 10:07 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 6692| Komen: 19|Original author: Oleh: natrahn


Zaman dahulu nak pergi ke bank agak sukar. Selain dari kemudahan tidak banyak seperti sekarang, masalah pengangkutan juga menjadi punca utama orang dulu suka simpan duit di rumah sahaja.

Mereka terpaksa mencari inisiatif lain untuk menyimpan duit. Mari kita lihat 10 tempat pelik yang menjadi pilihan mereka simpan duit!


1) Celah buku

Kredit foto - cita-cita blogger

Kalau ada buku yang dah habis atau jarang dibaca tu, bolehlah selitkan duit di dalamnya. Cuma, kena ingatlah tajuk buku mana. Takut lama-lama tinggal dalam buku kena makan pula dengan gegat yang suka duduk dalam buku macam ni!



2) Bawah atau dalam tilam

Kredit foto - bloomberg.com

Anda boleh memilih sama ada nak simpan di bawah atau dalam tilam.  Lagi besar tilam, lagi banyak lah duit boleh disimpan. Seronok pula rasa, macam harta karun!


3) Dalam dinding

Kredit foto - Property Guru

Tak sangka, ada orang memang simpan duit dalam dinding. Dulu-dulu sebab dinding kayu, jadi senang nak selit duit kat situ. Dinding batu pun ada juga tapi nanti anda perlu keluarkan wang untuk ubah suai rumah pula nanti.


4) Bawah lantai kayu

Kredit foto - rukita.co

Kini rumah moden pun mempunyai lantai kayu. Jadi, pada yang rasa nak guna cara ni, cari satu bahagian di lantai kayu tu yang boleh dicabut untuk letak duit simpanan. Kalau boleh biarlah tempat yang tersorok macam bawah sofa atau bawah katil.


5) Dalam pintu

Tak sangka pintu pun boleh jadi tabung. Serius teruja tengok video yang mengalirkan duit simpanan dari dalam pintu ni.

Loading FB Post...


6) Bekas simpan beras/ barang dapur

Kredit foto - cookpad.com

Sebaiknya gunakan bekas yang sudah tidak digunakan lagi kerana terdapat pelbagai jenis bakteria yang ada pada permukaan duit takkan nak dicampur pula dengan beras kan.


7) Laci pakaian dalam

Kredit foto - directlending.com.my

Tempat peribadi seperti ini memang sesuai dijadikan tempat menyimpan duit kerana laci ini tidak akan dibuka orang lain selain kita. Kita saja yang tahu ada apa dalam laci peribadi tu.


8) Dalam pasu bunga

Kredit foto - Property Guru

Pasu bunga ni boleh guna yang kosong atau pun yang jenis letak bunga palsu tu. Cumanya, pasu ni selalu jenis terbuka, jadi elok buatkan penutup supaya tak nampak duit yang disimpan tu.


9) Dalam kotak kasut

Kredit foto - Property Guru

Guna semula kotak kasut anda dan mengolahnya menjadi tabung mengikut kreativiti masing-masing.

Memang pelik kan tempan simpan duit ni? Tetapi, bahaya ya simpan duit di rumah. Bukankah lebih baik jika kita simpan di tempat yang lebih selamat dan terjamin seperti bank.

Alang-alang  suka menyimpan duit, di sini kami kongsikan tip menyimpan duit. Semua ni untuk membuatkan anda rasa lagi seronok dan konsisten bila menyimpan.


1) Ikut warna duit

Tips ini selalunya popular di kalangan rakyat Malaysia. Simpan ikut kemampuan dan kegemaran anda mengikut warna duit. Yang penting kena betul-betul disiplin bila ada saja duit warna tu kena pejam mata dan masuk dalam tabung.


2)Tukar dengan tabiat buruk

Tip ini khas untuk yang suka merokok atau boros berbelanja. Bila rasa saja nak beli rokok atau beli barang yang dah banyak dekat rumah, terus masuk duit tu dalam tabung!


3) Main kutu

Main kutu ni sebenarnya salah dari segi undang-undang, apa kata cuba main kutu selamat Maybank2U kerana lebih dipercayai.


4) Cari tukang simpan

Ini kalau memang dah sampai tahap tak percaya dekat diri sendiri. Anda boleh meminta orang lain yang anda percayai untuk simpankan duit anda .

Walaupun gaji tak banyak, tetapi sentiasalah beringat untuk menyimpan kerana duit inilah yang akan kita guna pada waktu kecemasan. Sediakan payung sebelum hujan. - CARI
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 23-3-2021 10:29 AM
Hahahahaa... Dah agk dah mesti tempat yang kaka smpan xdisebut. Lol

Benang ni mengingatkan kaka duit dlm 10k kaka simpan dlm rumah masa dok kat bangsar dulu.. Rumah masuk pencuri. Kaka plak kat KK. Down gila masa tu ingt duit tu dh hilang.. Sekali blk tgk ada lagi.. Alhamdulilah Allah xgerakkan hati dia cari kt tmpt kaka simpan. Cincin tunang masa tu pon helok je dlm bekas pin
Quote makneng 23-3-2021 10:37 AM
Sorok punya sorok.. Ujung2 duit ko kena kekah dek anai2 dekkkk... Hapah pun tak guna {:nose
Quote Bholatchomel 23-3-2021 10:39 AM
arwah mak aku dulu suka selit duit bawah tikar getah..
Quote user.name 23-3-2021 10:54 AM
acik2 kepam opah2 suka simpan dalam bra melekat kat celah tetek motip tak masuk list? tak cukup pelik kah?
Quote Skuau 23-3-2021 12:00 PM
okla tu..tuk mengelirukan pihak lawan@pencuri@perampok...
Quote siputpepel 23-3-2021 12:18 PM
Mak iols selit celah lipatan kain batik
Quote malutapimahu 23-3-2021 12:26 PM
mak aku dulu, waktu duduk setinggan dia selit dalam roll carpet, kepala katil yang bulat2 boleh buka tu, bawah tikar getah, dalam laci meja tulis tapi dia dah pakukan xboleh buka ( mcm tabung) dalam perhiasan cawan2, mug2 dia yang dia simpan buat hiasan.. bila pindah jer time susun2 barang haaa terjatuh la duit2 selit2 tu, yang mak aku nampak dia punya, yang dia xnampak aku dgn abg aku punya.. ahahaha tp dah mintak halal la bila dah tua2 ni..
Quote akmal 23-3-2021 01:32 PM
brg kemas kt mana plak nk sorok..
Quote royaldanish 23-3-2021 01:50 PM
Bholatchomel replied at 23-3-2021 02:39 AM
arwah mak aku dulu suka selit duit bawah tikar getah..

datuk kawan aku pun mcm tu cuols..
bila datuk dia meninggal dieorg terjumpa duit kat bawah tikar getah
note rm50 pulak tu banyak kena makan anai2 dan rosak... ada juga yg elok
tapi bank dh tak terima sebab note lama no series tak dapat dipakai

sayang nya... beribu ribu pulak tu
Quote royaldanish 23-3-2021 01:51 PM
akmal replied at 23-3-2021 05:32 AM
brg kemas kt mana plak nk sorok..

selit kat dalam kotex
Quote akmal 23-3-2021 06:33 PM
Baik selit celah nenen
Quote Plain-tif 23-3-2021 07:28 PM
Cleaner office aku simpan duit dalam peti ais
Quote Belibis 23-3-2021 09:22 PM
user.name: acik2 kepam opah2 suka simpan dalam bra melekat kat celah tetek motip tak masuk list? tak cukup pelik kah?

Tu bukan simpan.tu sekadar tempat letak sekejap sebelum urusan jual beli je.
Quote Scheherazade 23-3-2021 09:35 PM
No. 1 & 7 tu aku penah buat. Well, no 1 tu aku masih buat lg. Biasanya sbg tanda buku tp pas abis baca aku biar je. Bila duit aku x cukup, alu p carik la kt buku2 ni
Quote makiting 23-3-2021 09:42 PM
Simpan dlm quran pon ada mak2 kita buat.. dlm lipat2 kain baju pon diaorg suka letak. Sekali kirai kain baju tu.. berterbangan duit2 jatuh
Quote farlis 23-3-2021 10:56 PM
Edited by farlis at 23-3-2021 11:06 PM

Mak i dolu2 simpan dlm lipatan kain baju.. I pulak sejenis suka letak duit sorok2 dlm laci, dlm handbag poket berzip.. i suka selit seratus dua...incase dlm wallet habis cash & pegi tpt yg x accept debit/credit card.. ada la penyelamat.. Blh kata dlm semua handbag i ada duit sorok2 ni.. I pernah terlupa i sorok duit dlm 1 laci ni, i kemas2 sekali jumpa nk dkt 1k.. aiyoo rasa mcm dpt durian runtuh..

Dlm semua kereta, weols ada simpan/sorok duit note rm1.. Simpan dlm box kecik/or bekas yg blh simpan duit..but not wallet..nmpk sgt.. Weols pernah terkena cash xde dlm tangan waktu nk byr tol lps nikah dolu2..almost 2o yrs ago.. seb baik ada syiling korek2 dlm kete.. since that, terus sorok duit sikit incase emergency, xla terputus duit...kalau dh guna top up blk...
Quote Afifi82 24-3-2021 03:05 AM
Arwah opah i ols letak bawah tikar getah.
Quote supernaturalee 24-3-2021 04:56 PM
Plain-tif replied at 23-3-2021 07:28 PM
Cleaner office aku simpan duit dalam peti ais

isla fischer dlm confessions of a shopaholic simpan cc dlm ais batu dlm peti ais
Quote Artemesiaa 24-3-2021 05:24 PM
Bahaya main simpan sana sini ikut suka kalau dah dimakan anai2 apa tak dapat akhirnya

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.106094 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top