CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pegang Watak Ustazah, Azira Shafinaz Dah Ada Niat Nak Bertudung

23-3-2021 09:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3490| Komen: 1

Pelakon dan penyanyi Azira Shafinaz menyimpan hasrat untuk berhijab namun tidak mahu melakukan perubahan tersebut secara drastik.

Menurut Azira atau nama sebenarnya Azira Shafinaz Ramlan, dia mahu memperbaiki diri terlebih dahulu sebelum benar-benar membuat keputusan kearah itu.


Bagaimanapun pelakon berusia 30 tahun ini memberitahu dia akan berhijab seperti rakannya, Cik Manggis apabila sudah bersedia dan berharap semua peminat mendoakan yang terbaik.


Foto: mStar Online

"Sudah tentu, satu hari nanti (bertudung)... kita pun orang Islam dan nak yang terbaik untuk diri kita. Jadi, saya hanya berharap orang dekat luar sana doa yang baik-baik untuk saya.


"Doakan agar satu hari nanti saya akan berhijab sama macam Cik Manggis. Perkara ini mengambil masa... sebab saya kalau nak buat sesuatu perkara, saya tak nak buat dengan terlalu drastik.

"Sebab saya rasa, semua itu akan datang dari naluri dan niat kita... kena betulkan diri dahulu. Satu hari nanti bila saya sudah bersedia... Insya-Allah. Mungkin sekarang betul sampai waktu," katanya kepada mStar.



Telefilem arahan pengarah Syafiq Yusof dan lakonan utama Zul Ariffin, Nasir Bilal Khan serta Sabrina Al itu akan mula ditayangkan di saluran Astro First bermula pada Khamis.

Dalam pada itu, Azira yang memegang watak sebagai Ustazah Anna berkata dia mendapatkan bantuan seorang cikgu yang merupakan kawan kepada Syafiq untuk membaca ayat Al-Quran yang digunakan dalam telefilem itu dengan betul.

Azira bergandingan dengan Zul dalam telefilem Penunggang Agama.

"Sejujurnya waktu penggambaran itu, saya dapat banyak bantuan daripada kawan kepada Syafiq yang saya anggap sebagai cikgu ketika itu. Dia yang banyak beritahu surah mana yang patut digunakan untuk situasi tertentu.



"Sebab setiap surah dalam Al-Quran membawa maksud tersendiri. Walaupun ada pilihan, saya pilih yang mana selesa untuk baca. Saya tidak la terlalu mahir dalam membaca ayat Al-Quran.

"Tapi Alhamdulillah, ada cikgu yang banyak membantu memperbetulkan sebutan dan menolong saya untuk lebih yakin menjayakan watak sebagai Ustazah Anna," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rajamoney 23-3-2021 11:54 AM
stiap perempuan ada niat nk menutup aurat

antara tutup tk tutup je

bdk ni la kn yg belakon tk puasa ngn alip satar tu kn?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.029261 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top