Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music, Datuk Norman Abdul Halim dalam perancangan untuk mencari dan melatih pengganti bagi jawatan Ketua Pegawai Eksekutif yang digalasnya ketika ini.
Norman, 49, berkata, peranan menerajui syarikat rakaman itu wajar diberi peluang kepada perantis yang agak muda, matang dan berusia sekitar 30-an. "Melihat perkembangan arus teknologi masa kini, penting untuk saya melatih mereka yang bergerak aktif dalam media sosial dan digital. Saya tidak mahu nama dan jenama syarikat rakaman KRU terkubur. "Kalau boleh di usia sekarang ini, saya mahu sekadar menjadi presiden dan pemerhati perjalanan syarikat ini. Jadi, sekarang saya melatih graduan lepasan universiti menerusi program pengurusan syarikat untuk menjadi perantis pada masa hadapan.
"Ketika ini ada empat orang perantis yang mempunyai potensi untuk menggerakkan label ini. Saya juga ingin memupuk elemen kesetiaan supaya mereka terus kekal bersama syarikat ini," katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman kolaborasi antara KRU Music dan Warner Music. Selain Norman, majlis terbabit turut dihadiri oleh Pengarah Urusan Warner Music Malaysia, Darren Choy. Ditanya mengenai kolaborasi terbabit, Norman percaya pengaruh yang dimiliki Warner Music dalam bidang pengstriman digital mampu meluaskan muzik dan penyanyi di bawah naungan KRU Music secara menyeluruh. "Selepas Edry membuat keputusan ke luar negara, saya akui 'patah sebelah kaki' untuk menguruskan label ini yang bergerak secara 'sendiri'. Malah, tahun 2018 boleh dianggap masa yang mencabar untuk saya dan Yusry mengendalikan label ini. "Bagaimmanapun, tahun lalu membuka jalan untuk saya berkolaborasi dengan Warner Music selepas mempertimbangkan beberapa pilihan. Saya berharap kerjasama selama tiga tahun ini akan membuahkan hasil yang memberangsangkan," kata Norman. Dalam masa yang sama, KRU Music turut memperkenalkan barisan artis baharu di bawah naungan mereka iaitu Dian Hashim, Fai Ramli, DJ Fateh dan Timur Flores. -CARI Sumber: Harian Metro
|
"Melihat perkembangan arus teknologi masa kini, penting untuk saya melatih mereka yang bergerak aktif dalam media sosial dan digital. Saya tidak mahu nama dan jenama syarikat rakaman KRU terkubur.
r_innalif replied at 23-3-2021 04:39 PM
KRU tetap artis pojaan hatiku dulu2. Tiada yg boleh mggantikan KRU. Tp Edry ke luar negara kemana? B ...
ainonymous replied at 24-3-2021 01:00 PM
edry migrate Manchester kaka. katanya untuk masa depan anak heols yg autism tu. sekolah autism san ...
benfoster45 replied at 14-2-2022 08:02 AM
Nampak gambar terbaru mereka dkt ig lisa..tak nampak bayang isteri norman pun..
ADVERTISEMENT