CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Siasat Pasangan Artis Berbulan Madu Di Sabah

24-3-2021 07:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8170| Komen: 86

Polis menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan sepasang suami isteri yang juga selebriti dikatakan merentas negeri untuk berbulan madu di Sabah, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya menerima permohonan rentas negeri ke Sabah atas urusan perniagaan daripada seorang lelaki berusia 27 tahun di Balai Polis Setapak jam 5 petang pada 20 Mac lalu.


Gambar Hiasan, Foto: Ahmad Zamzahuri

"Pemohon ada mengemukakan surat arahan menjalankan tugas oleh syarikat. Berdasarkan dokumen itu, polis meluluskan permohonan rentas negeri yang bermula pada 21 hingga 25 Mac ini.

"Bagaimanapun, gambar lelaki berkenaan bersama isterinya berusia 31 tahun kemudian tular di media sosial, semalam.


"Pasangan itu dikatakan pergi berbulan madu di kawasan peranginan dan mengakibatkan orang ramai mempertikaikan bagaimana mereka mendapat kebenaran rentas negeri ke Sabah," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ashari berkata, setakat ini, pasangan terbabit masih berada di Sabah dan akan dipanggil untuk memberi keterangan kepada sebaik mereka kembali ke Semenanjung.

"Kami akan menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan itu dan jika pasangan ini didapati memberikan keterangan palsu untuk merentas negeri, tindakan akan diambil mengikut Seksyen 22(d) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengambil kesempatan di atas budi bicara polis dalam memberikan kebenaran rentas negeri bagi urusan perniagaan, kerja atau pun kecemasan.

"Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau maklumat, orang ramai diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Terdahulu, gambar seorang pelakon wanita bersama suaminya di Sabah yang dimuat naik di media sosial mengundang kecaman apabila mereka didakwa merentas negeri ke Sabah untuk berbulan madu, baru-baru ini. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 24-3-2021 08:04 AM
RASAKANNNNNNN.. Hamboiiiiiiiii.. Buat jahat tu diam2 sudah la hanat.. Ni pi tayang kat IG.
Quote pxlbb 24-3-2021 08:04 AM
Minta dorang explain in details yach perincian keperluan bisnes mcm mana sbb yang iols nampak bisnes projek menambah umat sajork. Bisnes apa wei tengah2 laut di kala pandemik ini semua bisnes tourism semput2 nak ninggal dah. Bisnes jual ikan coral kah jual kerang bersawang.
Quote xtahumenahu 24-3-2021 08:12 AM
Yesssss...yg instafamos tu pon kena charge kannn?so...please..yg ni pon
Quote uori 24-3-2021 08:15 AM
dan2 up video kekonon nak bukak outlet kat sana
Quote Nnasda53 24-3-2021 08:21 AM
Bila kebodohan menjadi kebanggaan.
Elokla pun di siasat.
Quote Boomibulat 24-3-2021 08:31 AM
Tak adil pun klu kena denda 10k..sbb diorang Bnyk duit..bg honeymoon dlm penjara barang sebulan dua..
Quote setori_mori 24-3-2021 08:33 AM
sarah82 replied at 24-3-2021 08:04 AM
RASAKANNNNNNN.. Hamboiiiiiiiii.. Buat jahat tu diam2 sudah la hanat.. Ni pi tayang kat IG.

Betul sarah. Kang tak pasal2 polis yg luluskan tu pon kena. Padahal diorang ckp pergi sbb kerja
Quote sarah82 24-3-2021 08:38 AM
setori_mori replied at 24-3-2021 08:33 AM
Betul sarah. Kang tak pasal2 polis yg luluskan tu pon kena. Padahal diorang ckp pergi sbb kerja

Tu la... Naya polis yg luluskan tu..
Quote eyansss 24-3-2021 08:42 AM
padan muka kauuuuuuuu
Quote alya_daniela 24-3-2021 08:44 AM
[ig]https://www.instagram.com/p/CMwnPBvJAUi/?igshid=asio40psugn[/ig]
Quote monsterwife 24-3-2021 08:49 AM
sarah82 replied at 24-3-2021 08:38 AM
Tu la... Naya polis yg luluskan tu..

Yg kes sskjp sakan attend kenduri kwin dah report ke belum?
Mcm mn nak report tu?
Quote laksmanabentan 24-3-2021 08:51 AM
uori replied at 24-3-2021 08:15 AM
dan2 up video kekonon nak bukak outlet kat sana

ngada2 kan....
nnati ada ler mana2 kengakawan kat sabah support...
buat statement ya... dia datang untuk urusan businesss...
puiihhh... artis tersangkaaakkk.... gitu..
hahahaha...
Quote bulan_gerhana 24-3-2021 08:52 AM
semakin vangang la retis duo ekor ni... sensitip kot sekarang nih...ko nak travel sebab bisnes pi je la.. yg ko pegi show off kat ig dah napo... asal baru kawen je terus jadi vodooo eh??

btw... si isa ni bisnes apo??? belakon pun sendu.. aduhhh
Quote Simunggu 24-3-2021 08:53 AM
aku suka org datang Sabah melancong...marilah datang ramai ramai yg penting jaga SOP...
Quote sarah82 24-3-2021 08:56 AM
monsterwife replied at 24-3-2021 08:49 AM
Yg kes sskjp sakan attend kenduri kwin dah report ke belum?
Mcm mn nak report tu?

Rasanya tak report lagi..
Quote renko 24-3-2021 08:57 AM
xyah saman
dakwa je terus
buang masa saman2
tah bayar tidak nanti
dakwa masuk mahkamah terus
Quote underground 24-3-2021 09:00 AM
akhir zaman ni, kebodohan suka ditayang dan dibangga..

orang2 dulu bodoh tu simpan bawah bantal.
Quote mewo 24-3-2021 09:02 AM
Betapa mudahnya boleh rentas negeri. Kalo mcm tu, kami pun nak rentas negeri, yg penting swab/jaga sop.


Husband iols nak balik alasan nak jumpa isteri & anak pun x di luluskan, negeri lain ok bole je lulus.

Quote zeitabaei 24-3-2021 09:05 AM
monsterwife replied at 24-3-2021 08:49 AM
Yg kes sskjp sakan attend kenduri kwin dah report ke belum?
Mcm mn nak report tu?

Kakak sulung sskjp pun balik kelantan bercuti siap p camping p chalet .. Mcmmana nak report eh

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.171656 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top