CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Ada Sesuatu Yang Besar Allah Nak Bagi Pada Nabila Razali," -Wany Hasrita

24-3-2021 12:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6237| Komen: 23

Walaupun nyanyian Nabila Razali teruk dikritik pada malam Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35), namun sebagai rakan artis, penyanyi Wany Hasrita percaya Nabila akan terus bangkit daripada kegagalannya itu.


Menurut Wany atau nama sebenarnya, Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 29, dia yang mengenali Nabila secara peribadi tahu rakannya itu merupakan seorang yang kuat dalam menempuh pelbagai dugaan sepanjang bergelar anak seni.

Foto: IG

"Secara peribadi saya kenal Nabila, dia memang seorang yang sangat kuat. Mungkin dia ada menangis tapi saya percaya dia akan cepat bangun balik.

"Apa yang saya boleh cakap, akan ada sesuatu yang besar Allah nak bagi pada Nabila, ini ujian untuk dia. (Nyanyian terkucil) tak merugikan dia apa-apa pun.


"Saya rasa dia akan dapat tempuh macam selalu, dia adalah wanita yang sangat kuat," katanya kepada mStar.

Wany ditemui pada majlis perlantikannya bersama Erra Fazira sebagai duta pelitup muka Himaya yang berlangsung di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur pada Selasa.



Pemenang tempat ketiga AJL35 itu mengharapkan netizen agar lebih berhati-hati dalam meninggalkan kritikan agar tidak mengguris hati mana-mana pihak.

"Saya bukan cakap pasal Nabila sahaja, tapi secara umum... benda ini dah banyak kali terjadi, orang luar kutuk artis. Kita semua memang tak boleh kawal keyboard warriors ini.

"Mungkin kita tak boleh nak ubah mereka tapi saya harap mereka beringatlah sebelum taip sesuatu.

"Kalau kita rasa apa yang kita tulis itu menyakiti hati orang, baik kita tak payah tulis," ujarnya lagi.



Dalam final AJL35, Nabila yang membawakan lagu Peluang Kedua terkucil di pertengahan persembahan sehinggakan namanya menjadi trending di media sosial.

Malah, persembahannya itu turut mendapat perhatian meluas daripada rakan artis sendiri yang mana ada yang mengutuk dan ada juga yang mempertahankan Nabila. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote minahmanja 24-3-2021 12:25 PM
wany ni air muka dia nmpk mcm garang+sombong
Quote AKAZ85 24-3-2021 12:33 PM
Haah... Muka serius.. Nampak tua dari usia..
Quote Normabaru 24-3-2021 12:35 PM
Mmg ada. Kemaluan
Quote 3chanceno 24-3-2021 12:36 PM
Dik Wani, masalahnya Bukan pasal terkucil aja la!!soalnya Nabila tu tak de bakat menyanyi apa tah lagik LIVE!

Kalau nyanyi sumbang mambang tu tak termasuk dlm istilah Bakat Menyanyi!so Stop backup dia as Penyanyi yg berbakat!terimakasih
Quote dudaberhias 24-3-2021 12:37 PM
dah dapat dah kot rasanya... hencapan dan kutukan...

takpun lepasni heshe berhenti menyanyi lepastu jadi founder timbang kilo oem... lepastu kaya raya... dapat la buat hall of fame up poster tiap2 bulan letak adik ke mak ke atau kawan sendiri top leader atas sekali...
Quote Skuau 24-3-2021 12:44 PM
Untuk 1 perkara(yg lain)...janganlah pakai/guna namaNya....dalam/untuk 'bidang/industri ini'.
Quote rajamoney 24-3-2021 12:49 PM
poyo la ko

pandai je la nk nyedapkn hati org tu

Quote rajamoney 24-3-2021 12:50 PM
minahmanja replied at 24-3-2021 12:25 PM
wany ni air muka dia nmpk mcm garang+sombong

air muka alif nun dal ro ta wau

ish ish ish

da mcm ipan dah pulak aku
Quote Kurex 24-3-2021 01:03 PM
Muka tua sebelum usia. Tapi tak boleh menandingi ketuaan risbetina, sipak melvin & clans, kemut buncit, mira basic sembam yg mudah didapati di pasar basah, joy birah fake
Quote Nenasketum 24-3-2021 01:03 PM
Tak abis2 lagi ke? Suma nak Ketuhanan kan. The basic remains, sora pompuan tu aurat. Belum lagi pakai macam sarung nangka. Haisssh suma plak nak bersora.
Quote amysuzy 24-3-2021 01:34 PM
Nabila razali dgn wany hasrita, dua2 tak ear friendly to me. Mungkin bagi orang lain ok.
Quote uori 24-3-2021 01:40 PM
bagi amende? bakat? sebab so far aku rasa itu yang takde
Quote ezacbee 24-3-2021 01:52 PM
Bosan laa asyik cite pasal kak nab je.
Kak nab kawen, kak nab terkucil ajl..
Quote lynn6664 24-3-2021 01:52 PM
Ha gi la bljr vokal sama2. 22 pn suara hauk
Quote gideoncross 24-3-2021 02:29 PM
Mcm llaki yg pkai tudung kat gmbr prtma tu.
Quote Lavender85 24-3-2021 02:45 PM
Dear , maafkan saya sekadar menegur. Jgn gunakan nama tuhan kita (Allah swt) untuk menghalalkan apa yg haram . suara tu aurat bagi seorang perempuan walau apa pun alasan .
Quote Me_Ra 24-3-2021 03:07 PM
Kurex replied at 24-3-2021 01:03 PM
Muka tua sebelum usia. Tapi tak boleh menandingi ketuaan risbetina, sipak melvin & clans, kemut bunc ...

suka la komen2 Kurex.. Maceh tolong cakap kann
Quote teky 24-3-2021 03:25 PM
xpe laaa.. even britney spears dari muda remaja sampai ke tua ni haa org ckp die xleh nanyi live... idup je.. kaya raya je..

Quote anilanil 24-3-2021 03:43 PM
Dia punya tragedy terkucil tu terus overshadow kemenangan sang juara.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 09:38 AM GMT+8 , Processed in 0.081027 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top