CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Guna Bernikah Kalau Berjauhan, Isteri 81 Tahun Rindu Suami 36 Tahun

29-3-2021 03:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6182| Komen: 42

London: Seorang isteri berusia 81 tahun mencipta puisi bagi melembutkan hati kerajaan United Kingdom (UK) supaya meluluskan permohonan visa suaminya warga Mesir berusia 36 tahun.


Iris Jones dari Somerset terbang ke Mesir untuk bersama Mohamed Ahmed Ibriham yang dikahwininya November lalu selepas bertemu dengannya di Facebook tahun lalu.

Portal The Sun melaporkan, bagaimanapun, pasangan dilamun cinta itu terpaksa tinggal berjauhan selepas permohonan visa Mohamed untuk tinggal di UK tidak diluluskan.


Via Harian Metro
Tidak yakin berapa lama mereka akan berjauhan, Iris berkongsi satu puisi di Facebook mengenai kesusahannya terpisah dengan orang tersayang.

Sebahagian daripada puisi itu berbunyi, "kepada pejabat imigresen, tolong lakukan yang terbaik. Beri Mohamad visa, supaya dia dapat meninggalkan Giza untuk rumah kecilku di barat.


"Tidak guna kami menikah, tetapi kerajaan masih terjerat dengan pita berwarna merah (birokrasi)."

Katanya, dia bergantung kepada Mohamed untuk menemaninya di banglo di Somerset kerana dia tidak akan kembali ke Mesir untuk kali keempat.

Iris mengakui perjalanan sejauh itu sangat mahal dan persekitaran di Mesir tidak sesuai dengan kesihatannya.

"Hari-hari saya kini sukar dan menangis sepanjang masa. Saya terpisah dari seseorang yang saya sayangi, sangat sukar. Saya tidak mempunyai masa, peguamnya tahu perkara ini," katanya.

Dia menegaskan meminta firma guaman dilantik suaminya melakukan sesuatu dan dia tidak tahu kenapa visa itu lambat diperoleh.

Penantian pastinya tidak mudah bagi Iris yang mengatakan dia menderita sakit kepala dan tekanan serta hampir putus asa untuk 'bersatu' dengan suaminya.

"Saya akan bertemu doktor untuk mendapatkan surat mengatakan saya mempunyai banyak masalah kesihatan dan memerlukan suami berada di Britain, dengan harapan mereka akan melonggarkan peraturan dan membiarkannya (suami) datang dan menjaga saya," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Friska 29-3-2021 03:47 PM
Cinta itu misteri
Quote monsterwife 29-3-2021 03:50 PM
Nak PR je ni
Nti dah dtg UK dapat apply PR&Nationality bye2 jelah.
Duit pun byk nenek ni kan
Quote JunkMail 29-3-2021 03:55 PM
Pandai eh Mohamed Ahmed mengatur strategi
Quote slavehunter 29-3-2021 03:55 PM
90 days fiance sangat.
Quote manehnya 29-3-2021 03:58 PM
mcm citer 90days fiance plak dah

heheh

btw 81thn nenek tuh, tulang pun dh reput tu, jgn kasar sgt tau...
Quote bettyboops 29-3-2021 04:08 PM
adakah kerajaan UK can read between the silver line on why this 36 years old man kawen dengan nenek 81 tahun ni..?? sebab tu visa Mohamed Ahmed Ibriham tak lulus-lulus..
Quote hatikudus 29-3-2021 04:50 PM
Nenek kayooo
Quote dua_chzy 29-3-2021 04:55 PM
bettyboops replied at 29-3-2021 04:08 PM
adakah kerajaan UK can read between the silver line on why this 36 years old man kawen dengan nenek  ...

Sudah terang lagik bersuluh.
Quote skinsandstars 29-3-2021 04:56 PM
Wow. Jodoh.
Quote babynina30 29-3-2021 05:04 PM
bettyboops replied at 29-3-2021 04:08 PM
adakah kerajaan UK can read between the silver line on why this 36 years old man kawen dengan nenek  ...

Tp nenek ni cinta agong sgt.
Angau btol.
Dia igt mamat mesir tu iklas cintai dia ke?
Uk boleh buat 90days fiancèe ah lepas ni
Quote sarah82 29-3-2021 05:04 PM
MuahahahahahHHahA.. Rasa kejam gelak kat nenek ni.. Nampak sangt dipergunakan
Quote xtahumenahu 29-3-2021 05:22 PM
aduhaiii...gigihnya mohamed ahmed bermuka2 dgn nenek
Quote Minami2013 29-3-2021 05:25 PM
Hebat.. umur 80s pun still active fb.
Quote Abam_Leh 29-3-2021 05:42 PM
Gigih nenek


Tapi kesian, si laki mungkin sedang cik cur ditempat lain


Quote Suchi 29-3-2021 05:43 PM
Tung lerrr

Mesti laki dia sayang gila kat dia kan

Sekadar bersangka baik

Quote naina 29-3-2021 05:46 PM
Ya Allah kesian nenek ni..laki tu tak beriya pon terbang ke nenek
Quote dubuk 29-3-2021 06:03 PM
ada je cinta sejati macam ni.. korang je yang tak percaya
Quote lattehazelnut 29-3-2021 06:18 PM
dubuk replied at 29-3-2021 06:03 PM
ada je cinta sejati macam ni.. korang je yang tak percaya

baru knal thun lpas kat fb.. n kawin nov thun lpas..

Yg muda2 hot pun susah dpt pasangan kat fb.. nak2 dr luar negara..
Diorg mmg target org tua sbb nk harta..
Mcm kat sini gak.. add kat fb, tagged etc tp sini xyah jumpa pun selamba bg duit juta2..
Quote notM 29-3-2021 06:55 PM
monsterwife replied at 29-3-2021 03:50 PM
Nak PR je ni
Nti dah dtg UK dapat apply PR&Nationality bye2 jelah.
Duit pun byk nenek ni kan

Siap dapat rumah Banglo

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-10-2024 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.091752 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top