CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Ketuk Pintu Rumah Ke Rumah, Siap Dengan Picagari & Jarum' - KJ

29-3-2021 05:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6083| Komen: 32

Kaedah pemberian vaksin dari rumah ke rumah seperti dicadangkan sebelum ini dikhuatiri bakal mencetuskan tanggapan mengerikan kepada masyarakat.

Justeru Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang dilaksanakan adalah secara sukarela.



Kredit foto: MalaysiaGazette

Katanya, orang ramai disediakan saluran tertentu bagi mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin sebelum diberikan janji temu untuk mendapatkan suntikan pelalian.

“Bayangkan kalau kita ketuk pintu rumah ke rumah, siap dengan picagari dan jarum, ia akan beri mesej yang agak mengerikan, silap-silap orang takut nak buka pintu.

“Justeru, kita utamakan kaedah pendaftaran dari rumah ke rumah dan apabila selesai proses itu, mereka akan dikehendaki untuk ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang tertentu,” jelasnya pada sidang media Mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) di sini hari ini.



Loading FB Post...

Sementara itu, Khairy Jamaluddin memaklumkan pemberian vaksin kepada bakal jemaah haji hanya akan dibuat selepas kerajaan Arab Saudi membuat keputusan rasmi berhubung pelaksanaan semula ibadat berkenaan pada tahun ini.

Menurutnya, Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengemukakan permohonan dan senarai bakal jemaah haji mengikut jadual.

Katanya, Malaysia masih menanti keputusan muktamad daripada Arab Saudi bagi mewajibkan pengambilan suntikan vaksin dalam kalangan bakal jemaah haji.

“Bila ia wajib, maka kita akan bekerjasama dengan TH dan teliti senarai bakal jemaah yang diluluskan untuk mengerjakan ibadat haji tahun ini.

“Bakal jemaah haji ini akan diberikan keutamaan dalam pemberian vaksin,” katanya. 


Sumber: MalaysiaGazette

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Adrif


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 29-3-2021 05:08 PM
Takpe...kita boleh guna untuk takutkan bebudak nakal.....
Quote LadyCarefree 29-3-2021 06:44 PM
Bukan kena letak jawatan ke?
Quote Belibis 29-3-2021 07:09 PM
LadyCarefree: Bukan kena letak jawatan ke?

Harap KJ tak layan geng2 MT amno yg jeles takde jawatan dalam kabinet tu.
Quote mrsbale 29-3-2021 07:44 PM
Sapa yg cadang tu?
Mesti dari zaman banci rumah ke rumah dulu2
Quote slavehunter 29-3-2021 07:48 PM
Betul ker uolss vaccine ni boleh altered DNA kita? Ker iolss jer banyak tengok movie ni.
Quote ReginaGeorge 29-3-2021 08:13 PM
Sapa yang nak ketuk pintu bg vaksin rumah ke rumah tu kj... Munteri ka? Bilangan atok dan tan sri dalam malaysia nih lagi ramai dari bilang bebudak kkm.
Quote kiah78 29-3-2021 08:25 PM
Bayangkan frontliners ketuk rumah ke rumah... Lepas tu kena pakai baju ppe kan. Adddoiii dngan berpanas... Mmng salute dngan frontliners nie.
Quote imrb 29-3-2021 09:02 PM
kalau pucuk pimpinan suruh letak jawatan saya akan ikut (situ kita dh tahu pembela rakyat ke pembela poket dan prti)

mati hidup balik pun aku takkan sokong UMNO, bangsa melayu konon, bekas presiden pun kawan ngan cina so glap duit) yg sekor lagi tubuh yayasan leh ambik je duit suka hati.. dasar penunggang!
Quote lavendernovella 29-3-2021 09:41 PM
Cer sesapa dah vaksin boleh dpt :
Baucer groceries
Touch n go
Petrol
Quote doridori_hi 29-3-2021 09:41 PM
Kalau dah register nk cancel balik boleh ke uols ?!
Quote kakikuDibibirmu 30-3-2021 05:03 AM
slavehunter replied at 29-3-2021 07:48 PM
Betul ker uolss vaccine ni boleh altered DNA kita? Ker iolss jer banyak tengok movie ni.

Ni pengaruh Divergent Insurgent Allegient lah ni
Quote kakikuDibibirmu 30-3-2021 05:05 AM

Dahulu ada hantu ribut taufu ketuk-ketuk pintu nak masuk rumah, tapi tak bawak ole-ole, jadi mama shin chan tak bagi masuk

[youtube]W65TbHg3RBk[/youtube]
Quote haryatie 30-3-2021 11:06 AM
seram jerk dtg ketuk2 pintu
sekali perompak, penjahat
Quote belilies 30-3-2021 12:57 PM
Penat tengok cuols promote sign up for covid19 vaccine. Padahal yg dah sign up ni temenung jek tunggu turn nak dicucuk
Quote cicicumel 30-3-2021 01:14 PM
puak antivax cakap ni ala2 dajjal dtg mengetuk setiap ceruk rumah...hahaha
Quote She-Ra 30-3-2021 03:08 PM
ini seram & menakutkan ok
lagi seram dr hantu main ketuk ketuk

zaman sekarang mcm2 boleh jd
perompak penyamun merata alam
dh la bkn takat merompak je, siap pakej rogol & bunuh.. nauzubillah

aku dpt panggilan dr telco under maxis pun kemain menapis
siap tolak tawaran dan ckp terus terang sebab kena berhati2 di zaman scammer berlambak
dorang pun faham..
Quote notM 30-3-2021 03:11 PM
Dah macam Hantu ketuk2 pintu
Quote chinta89 31-3-2021 03:25 PM
nt kalau ketuk2 gini nt ada scammer menyamar jd org KKM, haru nt.
Quote Roan 3-4-2021 08:15 AM
belilies replied at 30-3-2021 12:57 PM
Penat tengok cuols promote sign up for covid19 vaccine. Padahal yg dah sign up ni temenung jek tungg ...

Ntah nya lahaiiii.. penat dok tunggu.. fasa 2 baru nak start tu pun belum  tentu dapat giliran awal..

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-10-2024 02:02 AM GMT+8 , Processed in 0.045403 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top