CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sheryl Shazwanie tak sedih belum popular

30-3-2021 12:59 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4954| Komen: 34|Original author: Raline



PEMALU! Frasa tersebut sangat sesuai untuk menggambarkan keperibadian si manis bernama Sheryl Shazwanie.

Sudah bertahun-tahun mengemudi karier nyanyian, namun tidak keterlaluan jika pemilik nama sebenar Sheryl Shazwanie Shamsulbahri itu dikatakan kurang menyerlah berbanding rakan seangkatannya.

Dia terlihat selesa dalam ruang sendiri sehingga namanya tenggelam timbul dan kurang diingati berbanding ramai teman seperjuangan yang memacu laju memahat nama dalam industri.

Tidak menolak realiti tersebut, anak jati Petaling Jaya, Selangor itu mengakui masih tercari-cari kekuatan untuk keluar dari kepompong sendiri.


MESKIPUN sudah lebih lima tahun bernyanyi, namun populariti masih belum menyinggah dalam hidup Sheryl untuk memacu kariernya jauh ke depan mengejar rakan seangkatan yang lain.


“Bukan tidak pernah mencuba untuk keluar dari zon selesa tetapi susah sebenarnya.

“Sejak kecil memang saya seorang pemalu dan sifat itu terbawa-bawa sehingga sudah bergelar anak seni.

“Lebih risau, sifat gemuruh atau ‘stage fright’ saya semakin menebal kerana sudah lama tidak membuat persembahan di hadapan umum disebabkan pandemik Covid-19,” ujarnya kepada HibGlam baru-baru ini.

Sheryl yang kini berusia 24 tahun bagaimanapun menegaskan dia masih berusaha untuk membuang sifat pemalu yang sememangnya sudah bersarang dalam dirinya.


SIKAP pemalu yang ada dalam dirinya masih tebal ditambah pula kini dia sudah lama tidak dapat bertemu peminat gara-gara penularan Covid-19.


“Ramai yang sudah tegur tentang sifat ini sehingga ada yang meminta saya menukar genre nyanyian daripada balada kepada lagu lebih rancak supaya lebih berani dan boleh beraksi lincah.

“Saya pernah cuba tetapi tidak kena dengan jiwa atau mungkin sudah selesa dengan genre balada. Biarlah orang nak kata saya tidak berani mencuba sekalipun, saya lebih mengenali diri sendiri,” tuturnya.

Penyanyi yang baru muncul dengan single bertajuk Jangan Ragu ciptaan Asfan Shah itu mendedahkan kekasih hatinya, Azzam Sham juga pernah berkongsi panduan untuk mengatasi perasaan gemuruh yang membelenggu diri.

“Dia selalu juga berkongsi tip untuk hilangkan rasa gemuruh. Insya-Allah saya akan cuba praktikkan apa yang Azzam ajar,” ujarnya ringkas.

Belum rezeki

Disoal sama ada dia pernah dihurung kesedihan kerana nama rakan-rakan seperjuangan jauh berada di hadapan berbanding dirinya, Sheryl menjawab rezeki belum tiba.

Dia tidak mahu terlalu memikirkan isu populariti kerana baginya kualiti nyanyian lebih penting untuk dihidangkan kepada umum.


SHERYL tetap optimis bahawa rezekinya untuk menyinar akan tiba suatu hari nanti.


“Saya percaya dengan apa yang Tuhan berikan. Memang karier saya berjalan sedikit perlahan, mungkin kerana belum sampai rezeki untuk nama saya meledak dalam industri.

“Tidak pernah kecil hati dan masih banyak lagi saya perlu belajar walaupun sudah bertapak dalam industri lebih lima tahun.

“Biar lambat, asalkan saya dapat berikan kualiti yang terbaik,” katanya lagi.


ENGGAN namanya tercalar dek hanya kerana mahu mengejar populariti, Sheryl memilih jalan untuk tenang mengemudi karier tanpa memanas atau dihambat kontroversi.

Tidak mengenal erti kalah meskipun belum menyinar, dia percaya rezekinya akan tiba satu hari nanti. Lebih penting dia tidak perlu mencetuskan kontroversi yang mencalar nama sendiri.

“Biarlah begini, saya yakin ada lagi cebisan peluang untuk saya dikenali. Rasanya, tak perlu juga ada kontroversi untuk mencapai populariti.

“Jadi diri sendiri sahaja,” katanya yang memasang impian untuk muncul dengan lagu ciptaan sendiri satu hari nanti.

Akhiri zaman bujang

Diusik manja sama ada dia dan Azzam mempunyai perancangan untuk menghalalkan hubungan, Sheryl tidak menafikan kenyataan tersebut.

“Kami ada berbincang tentang perkara tersebut. Memang ada niat untuk menukar status hubungan.

“Tetapi untuk bercerita lebih lanjut, biarlah Azzam sendiri yang buka mulut.Doakan yang baik-baik untuk kami,” katanya tersipu malu.


SERIUS dalam perhubungan, Sheryl dan Azzam sebenarnya sudah berbincang untuk membawa hubungan ke gerbang perkahwinan.


Tidak meletakkan sebarang sasaran umur untuk mendirikan rumah tangga, pelantun lagu Perasaan itu bagaimanapun memberitahu zaman bujangnya tidak akan berakhir pada tahun ini.

“Saya sudah bersedia tetapi mungkin bukan pada tahun ini,” katanya ringkas sebelum mengakhiri perbualan.



Sumber : https://www.kosmo.com.my/2021/03 ... edih-belum-popular/

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 29-3-2021 11:55 AM
Dia ni la aku tengok dlm mhi few weeks ago, tertanya gak siapa. Marhaen sangat, takda aura langsung
Quote prizadane 29-3-2021 12:01 PM
nazzse replied at 29-3-2021 11:55 AM
Dia ni la aku tengok dlm mhi few weeks ago, tertanya gak siapa. Marhaen sangat, takda aura langsung

Iols tengok gambar pun takde apa yang menarik pun dia ni. Maybe boleh tukar karier kot. Nama pun tak pernah dengar. Kalau cintakan sangat bidang muzik n nyanyian, perhaps boleh belajar vokal professionally dan jadi lecturer or guru muzik. Tu mungkin lebih sesuai
Quote Suchi 29-3-2021 12:03 PM
nazzse replied at 29-3-2021 11:55 AM
Dia ni la aku tengok dlm mhi few weeks ago, tertanya gak siapa. Marhaen sangat, takda aura langsung

Betul tu  aritu nampak selalu org tag nama dia pastu check ig
Errkk rasa cam tak sesuai jadi artis. Apa lagu pemes dia ya?

Quote rosmahisham 29-3-2021 12:07 PM
Mula2 tgk video sheols cover lagu indon dgn alvin chong.
Quote JalaEmas 29-3-2021 12:10 PM
aku tau satu je lagu die.. tajuk perasaan, mula2 dgr lagu tu kat radio ingtkn lagu nana sendayan.. mmg takde aura pnynyi kot.. org kenal balik lepas gosip ngn azam bbnu tu je.. skrg krikkrik je..
Quote sayawifenikmie 29-3-2021 12:32 PM

.. tak cukup rasa ..... cantikkk  .. tapi .. plain ?  Too plain to be an artist kot ... entahlah .. kadang2 nasib dan rezeki jugak ....
Quote Raline 29-3-2021 12:47 PM
aura suam suam suku dekkk
Quote putu 29-3-2021 01:12 PM
Ok. Selepas tgk gambar, bru faham napa xpopular
Quote maxim 29-3-2021 01:16 PM
muka gini elok keje ofis je la dekk
Quote mrsbale 29-3-2021 01:19 PM
Ayo.
Sjak dah tbukti spesis retis ni kalis SOP, makin menjadi2 plak la bbnu duk remind kewujudan depa.
Hari2 ada benang puak whoareyousss ni.
Semak aih
Quote TerataiMelur02 29-3-2021 02:18 PM
Bersara je la dik wany.. Aura yillek.
G la apply kerja HR ke setiausaha ke.. Ha tu sesuai
Quote rayna_raynes 29-3-2021 02:18 PM
Wajah sendu nan desa mmg susah sikit nak popular dek, especially kalau bakat so so
Quote johnazizul 29-3-2021 05:45 PM
Wajah sendu tak apa. Yang penting behave, tak tergedik-gedik, tak try hard nak nampak sporting. Masa rancangan kat astro Yang ain edruce jadi pengacara tu, lupa tajuk pulak... Elok saja dia dengan Sarah suhairi. Tak gedik macam retis perempuan lain.
Quote budakmanentah 30-3-2021 12:24 PM
spesis wani...bukan wani hasrita..wani ape ntah nama budak tu. tukar nama mcm2.tetap sendu sebab rupa desa nan senja
Quote cloud_jade 30-3-2021 01:07 PM
Jgn putus asa.sedangkan migha basic pun boleh menang abp..
Quote doridori_hi 30-3-2021 01:24 PM
Muka budak ni mcm agent coco rice COD smlm , part time ke dik ?
Quote LadyCarefree 30-3-2021 01:26 PM
Edited by LadyCarefree at 30-3-2021 12:27 PM

Lima tahun bernyanyi. Bernyanyi je pun.

Seril ni hauk dari segala sudut. Muka hauk, aura hauk, dressing hauk, cara cakap hauk, perangai hauk, nyanyi pun basic basic je.

Apo? Anak seni? Takat nyanyi basic kt YT je pun pastu buat single nan hado laku. Zaman skrng xheran terbitkan single.
Quote mieymiey 30-3-2021 01:29 PM
Shazwanie ni sama kapal dengan Wany yang sorang lagi tu. Bukan Wany Barista, Wany apatah nama sheols. Takder aura retis langsung.
Quote Ferr_Remy 30-3-2021 01:33 PM
Gf bf muka marhaen.

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.053602 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top