CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nad Zainal Selamat Bersalin, Belum Sedia Kongsi Jantina Anak

1-4-2021 08:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4941| Komen: 21

Pelakon Nad Zainal selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada Selasa.

Menurut Nad atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin, 30, bayi seberat 2.9 kilogram itu dilahirkan secara normal kira-kira pukul 2.50 petang.


"Alhamdulillah proses kelahiran berjalan lancar dan dipermudahkan," katanya kepada mStar.


Foto: IG

Menerusi perkongsian di Instagram pada Rabu, pelakon drama Takdir Yang Tertulis ini memuat naik video suaminya, Muhammad Faliq Amiruddin dan anak pertama, Fahad Ibrahim memangku bayi berkenaan.

Tanpa menunjukkan wajah, bayi itu dilihat dibalut dengan kain berwarna merah jambu.




Ditanya mengenai jantina dan nama, Nad berkata dia akan memaklumkan mengenai perkara itu pada hari ketujuh kelahiran.

"InsyaAllah jantina anak akan dimaklumkan pada hari ketujuh kelahiran.

"Nama pun tak fikir lagi... terima kasih atas ucapan dan doa semua ya!” ujarnya.



Nad mendirikan rumah tangga dengan Faliq pada 18 Disember 2015 dan anak sulung mereka yang bernama Fahad Ibrahim kini sudah berusia lima tahun. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote md_nana 1-4-2021 08:52 AM
baby girl kot sbb dibalut guna kain pink
Quote EvieWanKenobi 1-4-2021 08:54 AM
dah kalau takde berita nak di share
takyah la buka thread..
Quote kuzaime 1-4-2021 09:23 AM
Kat fb Shahrulezad ada video..comel baby dia merah2 nampak baby girl nama pun dia cakap nama melayu klasik..
Quote MisXoXo 1-4-2021 09:29 AM
A ah..i dah save vid sesiap.molek ja 13minit lalu director Nur up vid anak dia .kt ig nad..dah kena crop..aiyooo..ejad ejad..
Quote afie_m 1-4-2021 11:47 AM
Tahniah nad
Quote MadameOnion 1-4-2021 03:14 PM
nad ni baru 30 rupanya..aku ingatkan dah 35 ke atas mcm nabila huda and fasha sandha
Quote Sekaisilver 1-4-2021 03:29 PM
Tahniah nad.. suka tgk dia ni belakon.
Quote nur_dania 1-4-2021 04:07 PM
Tahniah nad... Alhamdulillah.. Sepasang dah..
Quote Lorra2411 1-4-2021 04:08 PM
Tahniah
Quote MistrezHermanaz 1-4-2021 04:25 PM
bersiap molek nk beranak dgn gincu merah
Quote ciksaenara 1-4-2021 07:17 PM
okeyyy tahnianhh
Quote Lylyna 1-4-2021 07:33 PM
Tahniah nad! Selamat berpantang.
Quote 3chanceno 1-4-2021 08:06 PM
Tahniah Nad
Quote applecomel 1-4-2021 08:20 PM
hosp mana tu....haha acik bawang
Quote swimswim 1-4-2021 08:27 PM
Laa bila masa pregnant
Quote ira_229 1-4-2021 08:36 PM
Siapa ntah nak taw
Quote shernazz 1-4-2021 08:40 PM
Kalau nad kongsi jantina anak hari ni
Dah boleh merentas negeri ke?
Quote Atata 1-4-2021 09:00 PM
ira_229 replied at 1-4-2021 08:36 PM
Siapa ntah nak taw

Entahhhhh...
Quote marikhgirl 2-4-2021 07:11 AM
Congrats nanad

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 11:11 AM GMT+8 , Processed in 0.041242 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top