CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Pernah Gaduh, Lelaki Tiba-tiba Dibakar Jiran Sendiri

2-4-2021 05:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2490| Komen: 8

Seorang lelaki diburu selepas membakar jirannya hidup-hidup di Cengkareng, Jakarta.

Jurucakap polis AKP Arnold berkata, pihaknya kini sedang menyiasat beberapa saksi penganiayaan itu.


Katanya, punca dan motif kejadian pada 22 Mac itu masih dalam siasatan, lapor TribunNews.


Gambar hiasan

Menurutnya, pada hari kejadian, mangsa, Mulyono baru pulang dari kerja jam 11 malam.

Ketika berada di hadapan rumahnya, lelaki itu didatangi suspek yang kemudian menyimbah bensin yang disimpan di dalam botol air berkarbonat dan melemparkan mancis.

Suspek kemudian melarikan diri dari tempat kejadian dan dilaporkan tidak pernah kembali ke rumah sewanya.

Mangsa yang mengalami luka bakar hampir 70 peratus di seluruh tubuhnya kini masih dirawat di Hospital Besar Cengkareng.

Malah, isterinya juga mengalami luka bakar di tangannya akibat kejadian.


Katanya, dia melihat sendiri suaminya dibakar jiran mereka.

"Saya baru buka pintu ketika suami pulang. Tiba-tiba, dia (suspek) menyimbah bensin ke belakang suami," ujarnya.


Jiran mangsa menceritakan kronologi kejadian
Kredit foto: Wartakotalive.com/Desy Selviany

Sebaik tubuhnya disambar api, Mulyono terus berlari ke bilik air dan terjun ke dalam kolah manakala isterinya yang panik menjerit hingga jiran tetangga lain keluar rumah.

Tambahnya, mereka masih terkejut dengan kejadian kerana sebelum itu suspek tidak menunjukkan gerak-geri pelik, malah hubungannya dengan mangsa juga baik saja dan tidak pernah bertengkar.

Polis kini giat menjejaki suspek yang menghilangkan diri. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doridori_hi 2-4-2021 06:29 PM
Kerjaa gilaaaaa bakar2 org , ....
Quote Carcosa 2-4-2021 11:09 PM
Aku baca tajuk kat main page je, molot aku ckp "Ni mesti Yindon ni"

BamJul kasi meols 5 Star.
Quote bored_atticus 3-4-2021 09:29 AM
wow.. mungkin dirasuk setan
Quote Scheherazade 3-4-2021 10:46 AM
Mental                  
Quote Kurex 4-4-2021 10:42 AM
Antara leluhur yg suka bakar2
Quote Supersirap 4-4-2021 11:25 AM
Mungkin tekanan perasaan yang membuak-buak
Quote watymuchaz 7-4-2021 12:03 AM
Dr negara mee ayam lagi. Mgkn dah lama bengang ngan jiran sebelah, x cakap banyak terus bakar je
Quote watymuchaz 7-4-2021 12:04 AM
.               

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.060254 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top