CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zaman Kegemilangan Dah Berlalu, Ako Mustapha Tak Laku Berlakon

5-4-2021 11:49 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16666| Komen: 79

Ketampanan wajah aktor, Ako Mustapha menjadi kegilaan ramai, suatu ketika dahulu. Malah, berilah apa sahaja watak sama ada antagonis atau protagonis, semuanya mampu dibawa dengan baik.


Antara drama yang berbekas di hati tentulah Dalam Hati Ada Cinta, Salina dan Sephia yang menjulang nama Ako sebaris dengan hero drama lain.

Namun, kini, zaman kemasyhuran Ako atau nama sebenarnya, Muhaizad Ahmad Mustapha sudah berlalu. Wajahnya juga sekian lama tidak kelihatan di kaca televisyen (TV).

Foto: Berita Harian

Bukan terus mengucapkan selamat tinggal terhadap dunia seni, sebaliknya Ako mencuba haluan berbeza daripada apa yang sering dilakukannya.

Lebih dua dekad bergelar pelakon, Ako yang juga bapa kepada empat cahaya mata akuinya, memperlahankan rentaknya sebagai seorang pelakon. Kali terakhir membintangi drama Bukan Gadis Biasa, tahun lalu.


Ako berkata, dia semakin selesa menduduki kerusi penerbit berbanding pelakon.



"Saya semakin seronok bergelar penerbit kerana cabarannya berbeza daripada berlakon. Bagaimanapun, ia masih dalam bidang seni kreatif.

"Setakat ini, saya sudah menerbitkan hampir 10 drama dan dalam proses menyiapkan filem Baik Punya Along arahan Datuk Afdlin Shauki yang kini sudah memasuki peringkat pos-produksi.

"Saya sedar pada usia 49 tahun bukan mudah memilih watak yang dimahukan. Saya hanya dapat apa yang diberikan, bukan apa yang dimahukan. Ini membuatkan saya lebih seronok berjinak-jinak dalam dunia penerbit," katanya kepada BH Online.



Mengakui persaingan lebih mencabar berbanding awal 2000, Ako berkata, dunia penerbitan membolehkannya meneroka dan mencipta apa sahaja yang diingini, asalkan tidak menyalahi undang-undang dan memenuhi kehendak stesen TV.

Akuinya, dia lebih selesa tekanan dihadapi penerbit berbanding pengarah atau pelakon.

Pernah cuba menduduki kerusi pengarah hampir 12 tahun, Ako berkata, dia terpaksa menyerah kalah kerana tidak betah menahan tekanan dan tanggungjawab berat.



"Tekanan terlalu hebat hingga saya buat keputusan tidak mahu mengarah lagi. Pengarah perlu berlapang dada menerima penilaian orang lain. Ia amat mencabar dari segi emosi.

"Bagaimanapun, peranan penerbit lebih kepada penyelesai kepada masalah. Tidak dinafikan, memang ada tekanan, tetapi tidaklah seberat yang ditanggung pengarah," katanya.

Berkongsi kemunculan filem sulung, Baik Punya Along, Ako berkata, dia tidak sabar mempersembahkan karya yang menggandingkan Johan dan Zizan Razak kepada peminat.

Namun, katanya, pada masa sama, dia juga berdebar apabila melihatkan situasi panggung wayang tidak menentu akibat kesan pandemik COVID-19.

Bahkan, Ako berkata, proses menyiapkan filem juga tertangguh beberapa kali akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tahun lalu.

Katanya, apa dibimbangi kos yang dikeluarkan tidak balik modal hingga terpaksa menanggung kerugian.



"Sasaran saya mahu menghasilkan filem. Jadi, tiada langsung perancangan untuk membawa filem Baik Punya Along ke platform alternatif lain.

"Namun, dalam situasi tidak menentu, saya, Afdlin dan pelabur ada terfikir membawa filem ini ke platfom alternatif lain, tetapi kami yakin dengan gandingan Johan dan Zizan mampu menarik penonton ke panggung wayang," katanya.

Mengulas susuk tubuhnya kelihatan kurus, Ako mendedahkan, dia menghidap penyakit kencing manis, tetapi kini, sedang menjaga pemakanan.

Ako berkata, berat badannya turun sekitar 20 kilogram (kg) iaitu daripada 90kg kepada 70kg.



"Saya mula menyedari menghidap kencing manis selepas sering berasa haus. Tekak asyik nak minum, sedangkan saya baru lepas membasahkan tekak.

"Kemudiannya, saya mendapati ada semut di tandas. Dari situ, saya sudah dapat menjangkakan saya menghidap kencing manis. Kini, saya menjaga pemakanan dan mengambil ubat. Saya mengikut nasihat doktor supaya dapat merawat penyakit ini," katanya yang mendirikan rumah tangga dengan pengurusnya, Kartina Shuaib kira-kira 12 tahun lalu. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 5-4-2021 11:53 AM
nak wat camner dh Msia ni asyik 'citer kul 7' jer....kat barat ramai lg artis veteran depa 'boleh jual' lg.
Quote hasniey 5-4-2021 11:57 AM
Laku je kalau utk filem.kalau drama susah sikit.org nk tgok yg fresh.hensem.cantik.
Kalau filem org tgok skill.talent.
Quote anony-mous 5-4-2021 11:58 AM
But utk someone yg umur nk masuk 50, he still got it! Still ada rupa. Syg kat malaysia terbalik mcm hollywood. Kalau x dah kaya raya
Quote yylkasy 5-4-2021 12:03 PM
Kurus dah dia ni. Dulu pernah berisi kejap
Quote cikatilia 5-4-2021 12:11 PM
utk bapak boleh lah
Quote belacan_gurl 5-4-2021 12:18 PM
Dalam hati ada cinta.....terkenang zaman muda dulu bila dgr cerita ni
Quote bintangct 5-4-2021 12:30 PM
wah bini dia still set gebu2 mcm ex dia yg dulu
Quote helicornia 5-4-2021 12:34 PM
yylkasy replied at 5-4-2021 12:03 PM
Kurus dah dia ni. Dulu pernah berisi kejap

kesan kencing manis la tu.
anyway dulu dia hero top meletop esp dalam drama sephia
Quote TomyamPuteh 5-4-2021 12:42 PM
Tampan ke? Time dlu2 pon bercakap mcm xde rahang
Quote Aikiko 5-4-2021 01:06 PM
Dia cakap macam pelat kan
Quote dramaking007 5-4-2021 01:51 PM
helicornia replied at 5-4-2021 12:34 PM
kesan kencing manis la tu.
anyway dulu dia hero top meletop esp dalam drama sephia

dia tak ada kencing manis setahu saya..saya sendiri pernah komen dekat ig dia..dan dia reply...dia ada share dlu ttg journey diet dia....wife dia yg banyak plan journey diet dia waktu tu...dia kurus sebab mmg dia berdiet.....bkn sebab sakit
Quote pavlovachoc 5-4-2021 01:57 PM
Pada aku dulu dia hensem
Quote jfq 5-4-2021 02:01 PM
dramaking007 replied at 5-4-2021 01:51 PM
dia tak ada kencing manis setahu saya..saya sendiri pernah komen dekat ig dia..dan dia reply...dia ...

Kat artikel tu mmg ada mention dia kena kencing manis
Quote Joysparta 5-4-2021 02:01 PM
Kurusnya skg....dia xensem..manis je.la...
Quote gideoncross 5-4-2021 02:08 PM
Skuau replied at 5-4-2021 11:53 AM
nak wat camner dh Msia ni asyik 'citer kul 7' jer....kat barat ramai lg artis veteran depa 'boleh ju ...

Sylvester Stallone pun msih laku lgi.
Quote innocent_me 5-4-2021 02:09 PM
Meols rasa dia still hensem. Kalau berlakon drama pkl 7 watak org kaya raya rasanya ok jurr. Jadi papa boleh, jd hero dewasa boleh, jadi duda kaya boleh..
Kenapa sendu yach? terlalu luruskah?
Quote Ashna21 5-4-2021 02:10 PM
belacan_gurl replied at 5-4-2021 12:18 PM
Dalam hati ada cinta.....terkenang zaman muda dulu bila dgr cerita ni

Cerita ini umie aida tu kan
Punyalah seksa nk bersatu dengan umie aida
Memula mak dia nk jodohkan dia dengan kakak umie ( elie suriati)

Second second ke 3rd yg ada aqasha berlakon sekali
Dah nk kawen excident lah
Quote helicornia 5-4-2021 02:41 PM
dramaking007 replied at 5-4-2021 01:51 PM
dia tak ada kencing manis setahu saya..saya sendiri pernah komen dekat ig dia..dan dia reply...dia ...

dkt artikel tu dia mengaku ada diabetis. katanya kencing pun sampai semut dtg
Quote belacan_gurl 5-4-2021 02:46 PM
Ashna21 replied at 5-4-2021 02:10 PM
Cerita ini umie aida tu kan
Punyalah seksa nk bersatu dengan umie aida
Memula mak dia nk jodohka ...

Haahhh hehehehe tapi mmg best la ...mlm2 kul 10.30 ... adussse

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.135865 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top