Petua Untuk Memanjakan Suami 1. Suami sentiasa mengidamkan belaian isteri. Tangan isteri mengurut manja kaki yang lenguh atau sekadar mengusap belakang atau lengan ketika menonton televisyen sudah membuatkan suami berasa sangat disayangi. 2. Belai rambut suami ketika dia sedang beristirehat, atau jika rajin carikan uban yang ada. Sudah pasti lembut hati suami dan akan timbul rasa kasih sayang yang mendalam terhadap isteri. 3. Tengok-tengokkan jari jemari suami, adakah kukunya bersih dan sudah dipotong rapi? Bagaimana keadaan kulit suami? Kalau kering sapukan losyen, kalau pening urutkan kepala. Pastikan suami dijaga rapi dari hujung rambut hingga hujung kaki. 4. Jangan menganggap dengan melakukan perkara begini akan menjatuhkan taraf isteri atau merasakan si suami perlu tahu menjaga diri sendiri. Tentu sekali mereka tahu menjaga diri tetapi dengan memanjakan suami cara ini akan menjadikan suami anda terasa seperti seorang yang sangat istimewa. Pasti dia akan begitu menghargainya.
|
sherryda posted on 13-10-2012 01:51 AM
mmg selalu urut suami pon......selalu lepas tidokan anak2...picit2 bahu, foot massage, last sekali B ...
MamaMima711 posted on 13-10-2012 01:15 PM
semua dh pernah buat..shave kan dia..buat facial ..( free lagi),potongkan kuku,urut tu mmg hari2..ta ...
MamaMima711 posted on 13-10-2012 01:15 PM
semua dh pernah buat..shave kan dia..buat facial ..( free lagi),potongkan kuku,urut tu mmg hari2..ta ...
ADVERTISEMENT