Tiada kaitan dengan masalah remaja kini atau masalah rumah tangga suami isteri. Segala-galanya berkaitan dengan seekor kucing yang bernama Alvin yang baru berusia empat bulan sangat mencintai kekasih Nick iaitu Stephanie.
Ianya bermula apabila Stephanie ingin membela seekor kucing sedangkan Nick cukup alah dengan kucing. Namun Stephanie tetap berkeras untuk membela seekor kucing. Berminggu juga pasangan ini bertengkar manja (memandai je aku tokok tambah) dan Alvin tiba dua minggu selepas keputusan dibuat.
Nick menemani Stephanie untuk mengambil Alvin. Dalam perjalanan Nick cuba untuk memberi cadangan lain untuk mengambil kucing yang jenis Sphinx; kucing yang tidak berbulu. Jadi tidaklah Nick akan kena alahan dan bersin. Namun cadangan itu ditolak… tidak berjaya. Kesian Nick.
Segalanya bermula sebaik sahaja sampai di rumah. Stephanie meletakkan Alvin di atas riba Nick yang sedang bersantai sofa. 'Bermanja lah dengan abah,' kata Stephanie. 5 minit masing-masing bertentang mata dalam keadaan yang menjengkelkan, Alvin kencing di atas Nick dan terus lari menghilangkan diri. Itulah pengenalan tiga bulan lepas. Sejak dari itu hubungan Nick dengan Alvin terutamanya dengan Stephanie menjadi huru-hara.
Kucing yang dibela oleh mereka adalah jenis Bengals, kucing jenis ini amat dahagakan perhatian seperti rasa dicintai dan disayangi.
Nick tidak membenarkan Alvin tidur bersama. Alvin dibiarkan diluar. Alvin akan buat bising 'meoww..meowww' dan mencakar-cakar pintu. Bila penat, dia akan berhenti, namun tetap setia didepan pintu.
Ada satu ketika bila Nick atau Stephanie hendak ke tandas, dia melompat masuk macam ninja. Dan pernah sekali Nick terbangun menjerit kerana Alwin merangkak diam-diam bawah selimut dan mencakar buntut Nick. Juga, jika Nick cuba nak bagi makan, tanggannya pula yang Alvin serang.
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|