Gambar hiasan
GEORGETOWN, 16 November : Tindakan pantas seorang ibu beranak tiga memaklumkan kejadian bahan kimia yang dibakar secara terbuka kepada pihak bomba berjaya menyelamatkan nyawa lebih 200 penduduk apabila membabitkan bahan kimia sulfur di kawasan hutan berdekatan Pangsapuri Pelangi, Lebuh Maccalum di sini semalam.
Eiyla Ibrahim, 32, berkata, dia bersama anaknya berada di rumah sebelum jiran memaklumkan mengalami kesukaran bernafas.
Kami terkejut a melihat di belakang rumah melalui tingkap dapur kepulan asap tebal kelihatan hasil pembakaran terbuka dilakukan beberapa pekerja kontrak di sebuah tapak limbungan kapal berhampiran kediaman kami.
Saya kemudian menghubungi suami dan pihak bomba memaklumkan kejadian itu berikutan tiga anak juga turut mengalami batuk secara tiba-tiba,” katanya.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai Samsuddin Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan jam 1.14 petang.
Seramai sembilan anggota dan sebuah jentera bergegas ke tempat kejadian empat minit kemudian untuk pemeriksaan lanjut. - Harianmetro
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|