CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Budak 15 Tahun Lari Ikut Jantan

19-11-2013 12:41 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13336| Komen: 66

SEREMBAN – Luluh hati seorang datuk apabila cucu perempuan yang dibelanya sejak berusia enam bulan sanggup bertindak melarikan diri pada 9 November lalu.
       
Fatin Nur Anisha Abdullah, 15, yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senawang, melarikan diri dari rumah datuknya, Ahmad Osman, 65, di Taman Senawang Indah di sini menerusi tingkap bilik air.
       
Menurut Ahmad, kejadian ini bukan kali pertama berlaku tetapi sudah empat kali cucu kesayangannya itu bertindak melarikan diri dalam tempoh masa terdekat tanpa pengetahuannya.
       
Saya percayai dia terpengaruh dengan rakan-rakannya. Kali pertama dia melarikan diri pada 12 Oktober lalu, kemudiannya pada 28 Oktober bagaimanapun, saya dapat menemuinya kembali hasil daripada laporan polis yang dibuat atas kehilangannya.
       
Kemudiannya Anisha sekali lagi bertindak melarikan diri sebelum kejadian terakhir berlaku pada 9 November lalu.
       
Sekarang ini sudah lebih seminggu Anisha hilang tanpa dikesan. Dia pergi sehelai sepinggang dan kad pengenalan dia masih bersama dengan saya,” katanya kepada Sinar Harian.
 

Ahmad menunjukkan laporan polis yang dibuat dan kad pengenalan cucunya. Gambar kecil: Fatin Nur Anisha Abdullah


Ahmad yang merupakan pesara tentera berkata, dia tidak menyangka cucunya itu sanggup bertindak sedemikian.
       
Saya menjadi buntu selepas Anisha lari sekali lagi daripada rumah. Makan minum saya juga menjadi tidak menentu sejak kehilangannya kerana asyik memikirkan keadaannya di luar sana.
Begitu juga keadaan isteri saya yang turut bersedih. Anisha seorang cucu yang mendengar kata dan dia tidak bersikap sebegini sebelum ini tetapi sikapnya akhir-akhir ini amat membingungkan saya,” katanya.
       
Walaupun Anisha melakukan kesalahan tetapi atas sebab kasih sayang seorang datuk kepada cucu, dia tetap menerimanya kembali dan akan menghantarnya ke pusat pemulihan demi masa depan.
       
Atas sebab sayang saya sanggup melakukan apa sahaja kerana sejak daripada usia enam bulan sehingga sekarang, segala keperluannya saya sediakan malah saya turut menghantar dan mengambilnya di sekolah.
       
Namun, apa yang berlaku adalah sesuatu yang menyedihkan kerana seolah-olah Anisha tidak lagi sayang kepada saya sebagai datuk yang membelanya sejak daripada kecil," katanya.
       
Ahmad merayu orang ramai membantunya mencari Anisha kerana percaya cucunya masih berada di sekitar Seremban.
23

Bagus
6

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (39 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Acong 19-11-2013 10:54 AM
jgn hidup menanggung biawak.....
Quote chaintea 19-11-2013 10:57 AM
Xyah cr dah atuk..
Susah..sesak kang pandai la dia melutut meraung nk balik
Quote rospinki 19-11-2013 10:59 AM
tah2 cucu dia lari pasal tk tahan kena ganggu atok dia ..tau2 jela takan dia nk citer pasal tu...
Quote alepmama 19-11-2013 11:02 AM
lari ikut jejantan rempit depan tesco senawang ler tu
Quote mikasa 19-11-2013 11:02 AM
rospinki posted on 19-11-2013 10:59 AM
tah2 cucu dia lari pasal tk tahan kena ganggu atok dia ..tau2 jela takan dia nk citer pasal tu...

ntah2...setiap malam kena balun ngan atuk dia...

Quote TOPwind 19-11-2013 11:07 AM
Acong posted on 19-11-2013 10:54 AM
jgn hidup menanggung biawak.....

betul tu!
ada satu kes
bapa tunggal bela 2 anak perempuan bagai nak rak
sayang sangat
semua hanta dia letak nama anak dia tu.

last2 bila anak dia dah kawin laki bini dok master bedroom
ada aircon
dia pulak do bilik maid
dan kena kerja rumah dan jadi jaga serta masak sendiri duit sendiri.

nasihat kepada makpa jgn manjakan anak2 sangat.
Quote rospinki 19-11-2013 11:07 AM
mikasa posted on 19-11-2013 11:02 AM
ntah2...setiap malam kena balun ngan atuk dia...

kan...cara stetmen dia kata sanggup pegi antar amik sekoalh hari2..masud atok tu tknk cucu dia ada contact dgn org luar kalu bole..the secret between them remain sealed...lgi2 cuti sekolah mesti lgi kuat atok dia membalun..moga2 cucu tu selamat ditangan org yg baik2 ..klu la bgitu jdinya.

dunia penuh dgn tipu daya...dan manusia dorjana
Quote FlowerGirl 19-11-2013 11:08 AM
rospinki posted on 19-11-2013 11:07 AM
kan...cara stetmen dia kata sanggup pegi antar amik sekoalh hari2..masud atok tu tknk cucu dia ada ...

Suka suki aje korang syak atuk dia. Yg sebenornya budak tu yg gatal bijik
Quote itik_kuning 19-11-2013 11:12 AM
biar kan je. dah lapar xde duit nanti balik la tuh. dah balik nanti jangan di layan. nak sangat lari kan. rasain lo.
Quote FlowerGirl 19-11-2013 11:12 AM
Hantar pegi sekolah hari2 pun kira x nak ada cntct dgn org luar ke?itu kan mmg tugas biasa seorg atuk/ayah
Kalau dia betul balun cucu dia x kan dia buat report. Seolah dia sendiri cr nahas
Budak br abis pmr mmg nk bebas aje. Atuk lak pesara tentera,mesti lah tegas
Quote rospinki 19-11-2013 11:15 AM
FlowerGirl posted on 19-11-2013 11:08 AM
Suka suki aje korang syak atuk dia. Yg sebenornya budak tu yg gatal bijik

iyela..kita manatau, fikirla kot sebab lain
Quote eco_internet 19-11-2013 11:16 AM
biasala, atuk atau nenek kalau jaga cucu mesti manja lebih2.... se elok2nya mak bapak kena jaga anak, baru displin sket. Tapi mungkin budak ni anak yatim, tu yg atuk n nenek dia jaga sejak kecik tu....mesti tak pernah kena jentik sejak dari kecik tu.....
Quote nabila11 19-11-2013 11:17 AM
budak2 zaman sekarang susah nak jangka.seiring dengan kepantasan teknologi.janganla anak2 aku jadi macam ni
Quote dani_5353 19-11-2013 11:28 AM
Zaman sekarang nih..bukan budak2 aja yang gatai bijik..bini orang pun sama naik jugak...
Quote pilot 19-11-2013 11:32 AM
FlowerGirl posted on 19-11-2013 11:08 AM
Suka suki aje korang syak atuk dia. Yg sebenornya budak tu yg gatal bijik

kan....suka sangat bersangka buruk...

kena troll dgn budak2 caprut villa nabila percaya pulak
Quote senah_tonggek 19-11-2013 11:42 AM
mesti ada sebab yang dilari tu..hukhukhk...2 kemungkinan la kt sini..satu atuk dia yang menggatal..satu lagi ikut jantan..huhuhu
Quote Nash^Roy 19-11-2013 11:50 AM
apsal korang dok fitnah atuk dia? ajaran mana kamu anuti ni smpi sggp tuduh org melakukan mungkar tanpa bukti?

Quote kecimpret 19-11-2013 12:17 PM
terlebih manja la nehhh..kalo datuk or nenek jaga mmg kasih sayang terlebih ngalahkan parent sendiri..skg dah jd anakku sazaliah pun tak guna nak sesal
Quote PEPPERMAN 19-11-2013 12:21 PM
datuk jaga, bg perhatian penuh pun, cucu buat hal...

banyak betul elemen perosak kat malaysia ni

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.069307 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top