Pernahkah kita berhadapan situasi ini: Ketika sedang memandu di Lebuh raya Persekutuan, tiba-tiba sebuah motosikal 'kapcai' memintas dengan laju. Kadang-kadang ketika hendak menukar lorong, ada sebuah motosikal di sebelah kenderaan menyebabkan anda tidak boleh berbuat demikian. Timbul persoalan, mengapa motosikal tersebut tidak menggunakan lorong yang disediakan di lebuh raya berkenaan? Bukankah tindakan itu berbahaya? Pernah beberapa kali dilaporkan sebelum ini penunggang motosikal maut akibat terlibat kemalangan ngeri dengan kenderaan besar di lebuh raya. Apakah memang mereka degil atau suka-suka tidak mahu menggunakan lorong motosikal yang disediakan itu? Kebanyakan penunggang motosikal memberi alasan tertentu untuk mengelak daripada menggunakan lorong khas yang disediakan. Rata-rata, ada di antara mereka yang secara tidak sengaja menggunakan jalan kenderaan besar yang dilihat mudah dan selesa untuk keluar dan masuk. Tetapi agak mengejutkan apabila ramai juga yang mengakui lorong khas itu tidak selamat dan berbahaya. Seorang penunggang yang hanya mahu dikenali sebagai Din, 32, ketika ditemui berkata, laluan motosikal yang disediakan itu umpama jerat maut! Katanya, keadaan jalan di laluan tersebut yang terlalu daif serta tidak selamat bagi pengguna-penggunanya adalah antara punca utama penunggang enggan menggunakan laluan ikal tersebut. "Keadaannya sangat teruk kerana jalan licin, lubang sana-sini, selekoh tajam, semuanya mengundang bahaya," katanya kepada Sinar Harian. Seorang lagi pengguna jalan raya, Azuan Daud, 30, berkata, tindakan tidak menggunakan lorong motosikal bukanlah dibuat secara membuta tuli dan menggadaikan nyawa semata-mata, tetapi kedaifan jalan atau laluan sikal tersebut memang membahayakan penunggang. Katanya, hanya mereka yang menggunakan laluan motosikal tersebut setiap hari atau saban masa seperti saya sahaja yang faham situasi tersebut. "Bukan penunggang seperti kami mahu membunuh diri dan menyesakkan jalan besar seperti Lebuh raya Persekutuan. Tetapi kami ‘dipaksa’ berbuat demikian untuk perjalanan pergi dan balik kerja," katanya. Sementara bagi pengguna motosikal di Lebuh Raya Kesas pula mengadu, lorong yang sempit dan gelap menyebabkan ramai yang lebih selesa menggunakan lebuh raya walaupun berhadapan risiko berselisih dengan kenderaan besar. "Keadaan ini menyulitkan kami untuk menggunakan laluan motosikal. Malah jalan yang gelap tidak berlampu di waktu malam dan sebagainya, seolah-olah penunggang motosikal dianaktiri," kata Firdaus Hashim, 26, ketika ditemui. Seorang kakitangan Kumpulan Media Karangkraf, Garib Saman memberitahu, beliau sendiri pernah terlanggar lubang dan terjatuh, menyebabkan beliau terpaksa dirawat di hospital kerana kakinya patah. "Pihak berkuasa seharusnya memeriksa sendiri keadaan lorong motosikal di Lebuh Raya Persekutuan dan laluan-laluan motosikal lain untuk menjamin keselamatan golongan pengguna itu," katanya yang kini lebih selesa memandu kereta ke tempat kerja walaupun kosnya agak tinggi. Masalah ini semua telah lama disuarakan dan dirasai oleh penunggang dan pengguna laluan sikal tersebut, tetapi siapa yang endah? Ini belum lagi dengan perbuatan khianat dan juga anasir luar seperti menaburkan paku di jalan, samun, ragut, ada yang menunggang motosikal dalam keadaan mabuk, jalan yang gelap tidak berlampu di waktu malam dan sebagainya.
|
4
Bagus |
1
Marah |
5
Terkejut |
1
Sedih |
8
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
berun posted on 19-11-2013 03:38 PM
saya sbg pngang moto sikal mmg xdpt nafi kan yang lorong motosikal sgt la selamat. jalan rata x da p ...
cocoagirl posted on 20-11-2013 01:27 PM
Kadang2 aku ksian pd penunggang motosikal ni. Sbb dulu aku penah naik motor pergi keje. Dgn berbaju ...
berun: saya sbg pngang moto sikal mmg xdpt nafi kan yang lorong motosikal sgt la selamat. jalan rata x da pecah2. mlm lampu ada. singbod smua ckup.. terima k ...
ADVERTISEMENT